KESEJAHTERAAN dan keselesaan hidup rakyat menjelang negara ini mencapai status negara maju pada tahun 2020 merupakan agenda paling utama kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata agenda berkenaan jelas terangkum dalam Bajet 2012 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen yang menggariskan pelbagai inisiatif dan program yang menjurus kepada kebajikan rakyat.
"Maknanya, tidak ada lapisan masyarakat yang terlepas daripada jaringan sosial yang telah disediakan oleh kerajaan. Kita tidak kira bulu, kita tidak kira warna kulit, kita tidak kira agama, kita tidak kira apa suku kaum. Asalkan dia rakyat 1Malaysia dia mendapat bantuan daripada kerajaan.
"Jadi usaha sebegini dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN untuk membolehkan kehidupan kita ini lebih selesa," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan di Dewan Masyarakat Tawau di sini pada Selasa.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 7,000 orang itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.
Muhyiddin mengingatkan rakyat bahawa selain program sentuhan rakyat seperti bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan baucar buku RM200 kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam, terdapat banyak lagi usaha kerajaan untuk menyenangkan rakyat yang mungkin tidak disedari mereka.
Sebagai contoh, katanya kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 bilion setahun untuk subsidi barangan keperluan harian utama rakyat bagi memastikan harga barangan berkenaan terkawal dan relatifnya berbanding bayaran sebenar yang perlu ditanggung rakyat jika tidak ada subsidi.
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta setahun untuk subsidi gula manakala kira-kira RM10 bilion setahun pula untuk subsidi diesel dan petrol serta banyak lagi subsidi lain yang dibayar kerajaan bagi memastikan beban harian rakyat dikurangkan, katanya.
"Kalau syarikat-sayrikat minyak ini mengenakan harga minyak diesel dan petrol mengikut harga pasaran, RM10 bilion ini mesti keluar daripada poket kita (rakyat). Tetapi tuan-tuan tahu tak, siapa bayar RM10 bilion ini? Kerajaan yang bayar.
"Tak baik kah kerajaan BN?" soal Muhyiddin sambil disambut gemuruh 'baik' oleh masyarakat yang membanjiri setiap sudut Dewan Masyarakat Tawau.
Sehubungan itu, Muhyiddin menempelak pihak pembangkang yang cuba memperbodohkan rakyat dengan menuduh kerajaan BN sebagai tidak adil, tidak membela rakyat dan membiarkan rakyat hidup papa kedana.
Katanya pelbagai pertolongan dan bantuan telah disampaikan kepada rakyat dan rakyat sendiri sudah merasainya sekaligus membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang berkenaan adalah pembohongan semata-mata.
"Kerajaan BN ialah kerajaan berjiwa rakyat. Kerajaan BN adalah kerajaan mendahulukan rakyat. Rakyat Didahulukan di bawah gagasan 1Malaysia," katanya.
Sehubungan itu Muhyiddin mengingatkan rakyat supaya tidak mendengar, terperdaya dan terpengaruh dengan segala tohmahan pembangkang, sebaliknya terus menyokong kerajaan BN agar agenda kerajaan dan masa depan rakyat terus terjamin. (BERNAMA)
Harap kerajaan akan meningkatkan usaha mereka untuk menolong rakyat dalam pembangunan.
ReplyDeleteHopefully the people will be the priority for the government
ReplyDeleteHpefully more assisance will be given to the people who truely needs it
ReplyDeletemenjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan rakyat hidup dalam keadaan senang, selesa dan sejahterah.
ReplyDeletetunaikan kata2 kepada rakyat. Kesejahteraan rakyat agenda utama kerajaan BN. Jadi, harus rakyat juga merasa perkara yang sama. Kerajaan perlu bekerja dengan lebih sungguh2 lagi. Supaya rakyat dapat merasa tu semua.
ReplyDeleteSuara2 pembangkang harus diambil serius juga, suara2 tu mampu mempengaruhi rakyat. Mudah2an kerajaan mampu menangani masalah2 rakyat sehingga sukses.
ReplyDeleteharap-harap kerajaan aken terus memberi keutamaan kepada rakyat adalam sergala faset dalam kehidupan dan kesejahteraan rakyat
ReplyDeleteorang Sabah tidak merasa sejahtera dan aman jika maslah2 kritikal seperti isu PATI dan tanah masih belum selesai.
ReplyDeleteagenda setiap parti memang untuk kesejahteraan rakyat tapi bagaimana dengan pemimpin2/wakil rakyat yang telah diamanahkan tanggungjawab? adakah sudah melaksanakannya dengan baik?
ReplyDeleteTeruskan lagi usaha untuk meringankan beban rakyat. RM100, RM500 dan juga RM200 semua ini adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Maka teruskan usaha sebegini dilakukan.
ReplyDeleteThat's why we need to be wise in making decision, moreover in this election time. We cannot simply driven by out emotion in our actions. To say BN govt didn't make significant contribution in our country is not logic. Therefore, the govt needs to work harder to prove that they really care the rakyat.
ReplyDeleteadakah seluruh rakyat Malaysia sudah menikmati kesejahteraan dibawah pentadbiran BN?? persoalan itu yang perlu sentiasa bermain2 difikiran para pemimpin2 kerajaan.. kerajaan memang melakukan pelbagai usaha untuk kebaikkan rakyat, namun jika usaha itu masih belum mencukupi, jangan dulu berpuashati..
ReplyDelete