Wednesday, 18 January 2012

MASJID TUN JUHAR, MERCUTANDA BANDAR BIO-DIVERSITI



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ROSALINDA ROS

KEWUJUDAN Masjid Tun Juhar di Pekan Baru Sukau, 'Bandar Bio-Diversiti' mampu memajukan institusi keluarga Islam yang madani, berilmu, seimbang dari segi aspek aqidah, moral dan spiritualnya.

Katanya lagi, pembinaan masjid tersebut akan meninggikan perkembangan syiar Islam khususnya di luar bandar sekali gus menyemarakkan lagi fungsi ibadah dan berkembang ke merata kawasan.

Beliau berkata, kemudahan rumah ibadah ini sudah tentu menjadi pusat penting dalam melaksanakan program-program berkaitan dan berperanan menjayakan perpaduan ummah di dalam kawasan ini.

Katanya, ia juga sekali gus menjadi salah satu bukti keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menunaikan tanggungjawabnya memenuhi pembangunan rakyat di kawasan luar bandar.

"Saya merasakan bahawa pentingnya pembinaan kemudahan seperti ini bukan saja untuk memenuhi kerangka perkembangan dan pembangunan syiar Islam di kawasan Sukau yang terus meningkat; tetapi perlu diingat bahawa mercu tanda awal ini pasti mendapat berkat dan ganjaran yang tingi daripada Allah S.W.T, ke arah menyediakan sebuah rancangan pembangunan infrastruktur yang menjurus kepada keperluan sosial ekonomi setempat.

"Ini juga selaras dengan matlamat ke arah sistem penyusunan semula pentadbiran melalui perancangan mewujudkan Pekan Baru Sukau seluas 104 ekar agar pekan baru berkenaan lebih tersusun, mampan, komprehensif serta mampu berdaya saing pada masa hadapan," jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Upacara Pecah Tanah Masjid Tun Juhar di sini, kelmarin.

Hadir sama Tuan Yang Terutama (TYT) DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datin Seri Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datul Ir.James Wong dan Pegawai Daerah Kinabatangan merangkap Pengerusi Induk Jawatankuasa Pelaksana Masjid Tun Juhar, Arisin Aripin serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Menurut beliau, projek pembinaan bangunan masjid tersebut dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan yang akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, di mana kerja-kerja pembinaannya dijangka siap pada tahun 2014.

Tambahnya, walaupun saiznya jauh lebih kecil melibatkan kawasan kurang dua ekar tetapi ianya juga menyediakan beberapa ruang kemudahan seperti tempat beribadah jemaah lelaki dan wanita, ruang berwudhu dan bilik mandi jenazah berserta sebuah ruang perpustakaan.

Katanya, masjid itu turut menempatkan ruang pejabat, kelas fardhu Ain, tempat letak kenderaan dan di kelilingi kawasan taman riadah.

"Masjid Tun Juhar adalah salah satu dari pelbagai kemudahan asas yang sedang dirancang di kawasan tapak Pekan Baru Sukau atau 'Bandar Bio Diversiti'. Pengumuman bagi meluluskan pembinaannya diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman ketika melancarkan tapak pekan baru ini pada 24 Julai 2010.

"Pada awalnya, sejumlah RM2 juta diperuntukkan kerajaan negeri untuk pembinaannya. Bagaimanapun, saya merasakan jumlah itu tidak dapat menampung pembinaan sebuah kemudahan yang bakal menjadi tunggak ibadah dan pusat kepada pembangunan syiar Islam di kawasan Sukau, maka satu usaha menambah peruntukan sebanyak RM3 juta lagi daripada pihak kerajaan persekutuan amat diperlukan," jelasnya.

Saddi berkata, pembinaan Masjid Tun Juhar tentunya menepati kerukunan sunnah Rasulullah S.A.W dengan memulakan pembinaan sebuah masjid sebelum memulakan setiap program pembangunan setempat.

Ujarnya, Rasulullah membina Masjid Qubah semasa penghijrahan Baginda ke Kota Madinah.

Katanya, pada zaman Rasulullah, masjid merupakan tempat bagi perkumpulan orang-orang Islam menerima dan mendapat ilmu daripada Baginda, selain dijadikan tempat pertemuan sesama muslim dalam mengeratkan persaudaraan serta perbincangan ummah dalam menetapkan sesuatu keputusan.

HADIR...Sebahagian Pegawai Kanan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang dihadir pada majlis tersebut.

BINCANG.....Saddi kelihatan sedang membincangkan sesuatu dengan TYT.

"Masjid merupakan simbol keagungan Islam. Bukan itu saja lebih daripada itu, masjid berperanan kepada pembangunan minda umat Islam umumnya. Bagaimanapun, hari ini generasi kita khususnya anak-anak muda mula melupakan institusi masjid yang akhirnya mereka ini akan terumbang-ambing berjalan tanpa arah dan tujuan.

"Justeru itu, anak-anak muda harus mendekati masjid kerana apabila kita mendekati masjid maka kita akan mendapat ilmu agama sebagaimana yang dituntut agama Islam.

"Maka, pembinaan Masjid Tun Juhar ini akan memberi signifikan kepada kepentingan umat Islam untuk menjadi pusat sumber ilmu di samping untuk mendorong pembangunan dakwah, amal Maaruf terutamanya di kawasan Sukau ini," kata Saddi.

Menurutnya, usaha murni ini sudah pasti meningkatkan kegiatan pembinaan modal insan berteraskan ajaran Islam apabila kemudahan-kemudahan seperti sekolah agama, kelas Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan banyak lagi akan dirancang nanti.

12 comments:

  1. Biarlah rakyat tempatan yang menentukan apa nama yang paling sesuai untuk masjid ini kerana mereka juga yang akan menggunakan masjid tersebut.

    ReplyDelete
  2. Jika rakyat menghormati Tun Juhar dan ingin menggunakan namanya untuk masjid ini, biarlah mereka menggunakan nama tersebut. Yang penting rakyat gembira, tanyalah apa yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
  3. hopefully Sukau will also incorporate some emements within its structures that reflects 'bio-diversity'

    ReplyDelete
    Replies
    1. These elements will instill the awareness of the conservation efforts, the bio-diversity heritage of the surrounding area

      Delete
  4. masjid memainkan byk peranan dalam pembangunan Islam, ia bukan sahaja tempat beribadat, tapi ia juga merupakan tempat menuntut ilmu dan tempat kita berbincang berkaitan hal ehwal islam.

    ReplyDelete
  5. semoga pembinaan masjid ini akan membangunkan lagi institusi keluarga Islam di Pekan Baru Sukau dan anak-anak muda lebih giat mendekatkan diri dengan Tuhan.

    ReplyDelete
  6. Baguslah pembinaan masjid tu. Penduduk pekan akan selesa melakukan ibadah dan aktiviti keagamaan.

    ReplyDelete
  7. Yang penting penduduk di sana senang, selesa dan puas hati dengan adanya masjid tu.

    ReplyDelete
  8. Kita mahu tidak ada pihak yang cuba untuk memburukan TYT kita terutama sekali adalah pembangkang.

    ReplyDelete
  9. TYT adalah orang diwakilikan dan terpilih untuk menjadi ketua Sabah. Maka kita seharusnya hormat dan memberikan sokongan dan bukannya menghentam TYT.

    ReplyDelete
  10. Lepas ni ramai-ramailah penduduk di sana pergi sembahyang berjemaah.

    ReplyDelete
  11. walau apapun kontroversi yang timbul dalam pembinaan masjid ini, yang penting sekali ialah kerja2 pembinaan mesti dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan..

    ReplyDelete