Wednesday, 18 January 2012

MUHYIDDIN YAKIN SABAH KEKAL 'FD' BN



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan rakyat Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih baik dan cukup mantap.

Dalam hal ini, katanya, BN masih yakin dalam mengekalkan Sabah sebagai 'simpanan tetap' untuk parti gabungan itu.

"Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya dan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan dengan pemimpin Umno dan BN Sabah (di Kota Kinabalu) pada Isnin, sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus.

"Namun BN tidak berhenti setakat itu kerana tugas kita ialah memperbaiki hidup rakyat dan program Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) yang kita lakukan merupakan permulaan kepada banyak perkara yang kita buat untuk mengurangkan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam di Dewan Masyarakat Semporna di sini pada Selasa.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas situasi politik terkini di Sabah, negeri yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

"Kita bukan angkuh. Berdasarkan maklum balas yang kita terima termasuk daripada Ketua Menteri dan pemimpin BN yang lain, sokongan untuk BN di Sabah masih baik," katanya.

Mengenai penubuhan parti baru termasuk di Sabah, beliau berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membenarkan sesiapa sahaja menubuhkan parti baru asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kita tidak risau dengan kewujudan parti baru kerana kita sudah melalui proses ini banyak kali tetapi syukurlah rakyat masih menyokong BN dan Umno kerana mereka tahu BN dan Umno benar-benar memperjuangkan nasib mereka," katanya.

Ditanya mengenai ramalan pihak tertentu tentang pelbagai kemungkinan yang berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata BN tidak "terganggu" dengan apa juga kemungkinan kerana BN lebih fokus untuk membela nasib rakyat jelata".

Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan untuk menaikkan kadar elaun yang diberikan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sabah.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam kerana ia membabitkan kos pengurusan yang mungkin menelan belanja yang agak besar,' katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian akan terus membantu membina dan menambah baik infrastruktur pendidikan di Sabah. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Jangan terlalu yakin bahawa Sabah akan kekal sebagai Simpanan Tetap.

    ReplyDelete
  2. Kementerian pendidikan perlulah memastikan infrastuktur pendidikan di Sabah diperbaikikan.

    ReplyDelete
  3. The people of Sabah can make or break this headline cum GE-13

    ReplyDelete
  4. jika BN terus menbantu dan mendekati rakyat, pasti sokongan terhdap BN akan berkekalan.

    ReplyDelete
  5. Jagalah rakyat Sabah sebaik mungkin. Jangan abaikan keperluan Sabah. Selepas PRU13 pun biarlah rakyat Sabah sentiasa terbela.

    ReplyDelete
  6. Sekiranya kebajikan dan pembangunan Sabah dan rakyat tidak terabai dan tercicir pasti Sabah akan menyokong BN.

    ReplyDelete
  7. Bah, kita tunggu adan lihat samaada kenyataan ini masih menpunyai kesahihan atau tidak menjelang PRU-13

    ReplyDelete
  8. 'FD'-gelaran yang kurang menyenangkan buat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. As a DPM, he should be careful with the terms he uses to describe the Sabahans.

      Delete
  9. kalau undian di Sabah merupakan penyumbang utama kepada kemenangan BN sepatutnya banyak kelebihan yang diperolehi termasuklah pembangunan. penyelesaian masalah PATI dan isu tanah.

    ReplyDelete
  10. BN tetap kukuh di Sabah. Kita dapat melihat sendiri sokongan penduduk terhadap pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  11. jangan terlalu yakin selagi semua tuntutan2 rakyat belum dipenuhi sebelum PRU bermula..

    ReplyDelete
  12. maklum balas dari menteri dan pemimpin2 BN yang lain belum cukup menggambarkan sokongan rakyat terhadap BN.. lain la jika maklum balas itu disuarakan terus oleh rakyat Sabah..

    ReplyDelete