Oleh SHAIMON S JUMADI Foto: FAIRUL ZAMAN FAJEER
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melupakan jasa-jasa dan pengorbanan yang disumbangkan oleh para anggotanya selama berkhidmat, terutama sekali mereka yang terkorban dalam beberapa tragedi semasa menjalankan tugas.
Ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab PDRM mengenang jasa-jasa mereka, namun mereka sentiasa tetap dalam ingatan kita walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita semua.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowill Marong berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Cek Tabung Perwira Kepada Balu Anggota PDRM di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Sandakan, petang kelmarin.
Katanya sumbangan sebegini memang disalurkan kepada balu-balu anggota polis pada setiap tahun, bukan saja untuk meringankan beban yang ditanggung oleh balu-balu berkenaan; tetapi ini menjurus kepada mengenang jasa bakti mereka kepada bangsa, tanah air semasa mereka menjalankan tugas bagi menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai dan negara.
Seramai 3 orang balu yang menerima cek tersebut ialah Puan Alice @ Johana balu mendiang Kpl Daniel Kasius yang meninggal di Lahad Datu semasa bertugas pada 22-04-1998.
Sementara Kopral Justina Ak Rones balu mendiang kepada Kpl Jonathan Anak Ngalang meninggal pada 29-08-2002 dan Puan Kalsom Haming balu kepada Arwah Edie Rosman Idros yang meninggal semasa bertugas di Beluran pada 28-11-1999.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan OCPD Fadzil Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan PDRM daripada pelbagai bahagian Jabatan.
a big heartfelt congratulation to the police for their dedication in upholding the law and safeguarding public order and safety.
ReplyDeleteWalaupun banyak kritikan diberikan kepada pasukan PDRM, namun dengan mereka juga orang awam akan cari bila berlaku kesusahan.
DeleteFor the fallen heroes, your service to king and country will forever edge in our memories
ReplyDeletePengorbanan dan sumbangan yang di berikan perlulah sentiasa dihargai.
ReplyDeleteHarap bantuan yang disalurkan kepada balu-balu anggota PDRM boleh membantu mereka meringankan bebanan.
ReplyDeletePemergian anggota2 polis tersebut walaupun sudah lama namun jasa mereka masih dihargai dan bantuan telah dihulurkan.
Deletesememangnya pengorbanan anggota PDRM sangat dihargai dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.
ReplyDeletesetiap anggota ada pengorbanan dan sumbangan mereka, ia perlu kita hargai.
ReplyDeletejasa dan pengorbanan anggota polis amat besar dan perlu dihargai.
ReplyDeletesumbangan yang diberikan dalam majlis tersebut pastinya amat dihargai.
ReplyDeleteJasa2 dan sumbangan yang telah diberi haruslah dihargi terutama mereka yang terkorban semasa bertugas.
ReplyDeletePenghargaan sudah tentu sangat2 ditunggu oleh setiap anggota polis. Apa lagi bagi anggota yang terkorban ketika bertugas. sudah tentu keluarga yang ditinggal bersedih.
ReplyDeletePerbaiki mutu kerja sebagai seorang pegawai polis.
ReplyDeletesumbangan mereka menang patut dihargai.. bukan semua orang sanggup menceburi profesion PDRM.. tidak semua orang sanggup berhadapan dengan risiko menjaga keamanan dalam negara..
ReplyDelete