Thursday 12 January 2012

PENDUDUK BAKAR KONGSI PEKERJA BORNION TIMBER



PENDUDUK Kg. Alab Lanas dan beberapa kampung yang terlibat bertindak membakar kongsi pekerja Bornion Timber kerana marah dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak menghirau tuntutan tanah adat penduduk sejak sepuluh tahun yang lalu.

Bekas Ketua Daerah Sook, Majit Adam berkata, kemarahan penduduk ada asasnya kerana selain tuntutan tanah adat tidak dihiraukan, sumber bekalan air bersih dan sumber pengairan sawah padi turut tercemar.

Katanya, pada masa ini sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih dan pengairan sawah padi semakin terancam dan dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan penduduk.

“Kami bimbang sumber bekalan air bersih kami dicemari dengan racun rumput yang digunakan membersih kawasan ladang getah yang ditanam oleh syarikat berkenaan” katanya kepada New Sabah Times ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan secara aman sambil menunggu keputusan perbincangan antara pihak syarikat dan wakil penduduk di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sook pada Isnin.

Perbincangan tertutup itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred Angin.

Majit berkata, apabila penduduk merasa terancam dengan pencemaran yang berlaku dan merasa hak asasi mereka terhakis maka mereka bertindak membakar kongsi pekerja syarikat berkenaan sebagai protes atau alasan penyelesaian.

Sementara itu, Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Lanas, Mngob Kinandung berkata, beliau berpuas hati dengan campur tangan Ahli Parlimen Pensiangan yang membawa pihak syarikat dan wakil penduduk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan penduduk.

“Saya amat tertarik dengan pelan penyelasaian yang dicapai dalam perbincangan antara kedua-dua pihak yang dimudahcarakan oleh Kurup dan ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin” katanya.

Sebagai wakil penduduk kata Mangob, beliau mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Bekas Ketua Kampung Alab Lanas, Ulin Amil pula berharap agar penyelasaian dapat dicapai dalam masa yang terdekat.

“Kami inginkan penyelasaian yang cepat berkaitan dengan tuntutan tanah adat (NCR) kami” kata Ulin.

Walau bagaimanapun, katanya, jika tuntutan tanah adat itu selasai mereka mengesyorkan agar pemilikan tanah dianugerahkan sebagai geran individu dan bukannya penganugerahan geran komunal (NEW SABAH TIMES).

18 comments:

  1. Janganlah bertindak terburu-buru, perbuatan ini sebenarnya salah di sisi undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bagi penduduk kampung, dengan cara ini saja masalah mereka akan diambil perhatian.

      Delete
    2. Kadang-kadang terpaksa ambil tindakan drastik untuk dapatkan perhatian. 10 tahun menunggu, bukan satu jangka masa yang singkat.

      Delete
  2. Tapi saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tanah adat untuk penduduk di Kampung Alab Lanas.

    ReplyDelete
  3. inspite what the local have to bear for the past 10 years, but still thy don't to take matters into their own hands, just for the sake ofinspite what the local have to bear for the past 10 years, but still thy don't to take matters into their own hands, just for the sake of getting the attention of the state government regarding this matter. getting the attention of the state government regarding this matter.

    ReplyDelete
  4. Thankfully DTK Kurup has intervene in this matter to bring both disputing parties together to discuss this matter in detail

    ReplyDelete
  5. hopefully there'll be a positive outcome from the discussion that satisfy both parties involved

    ReplyDelete
  6. bila masalah penduduk tidak ada penyelesaian selama lebih 10 tahun, terpaksalah gunakan undang2 mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum ia menjadi bertambah rumit.

      Delete
  7. Nasib baiklah tiada yang tercedera dalam kejadian ini. Kalau tidak, tidak pasal2 kes ini berlarutan.

    ReplyDelete
  8. masalah yang berlaku perlu diberikan perhatian dan harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. isu ini harus diselesaikan dengan baik dan kepentingan semua pihak haruslah dijaga.

    ReplyDelete
  10. Tindakan yang sangat berani dan mengejutkan. Diharap tindakan tersebut dapat menarik perhatian kerajaan dan segera menyelesaikan masalah tu.

    ReplyDelete
  11. untuk mengelak kejadian lebih buruk pihak berkuasa kena lekas2 selesaikan isu ni.

    ReplyDelete
  12. Maka jangan membuat keputusan sesuka hati kerana akan mengundang masalah.

    ReplyDelete
  13. Kalau boleh buat perbincangan dan persetujuan dari semua bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  14. kenapa tidak bawa kes ini ke mahkamah terlebih dahulu sebelum ambil tindakan undang2 ditangan sendiri?? bukankah mahkamah di negeri ini pernah menyelesaikan tuntutan rakyat berkenaan dengan tanah NCR sebelum ini??

    ReplyDelete
  15. mana pemimpin2 pembangkang yang sebelum ini pernah membantu penduduk kampung dalam menuntut tanah NCR mereka melalui mahkamah?? kenapa kali ini mereka tidak tampil membantu?? inilah masa yang sesuai jika mahu sokongan memihak kepada pembangkang..

    ReplyDelete