Saturday 14 January 2012

PENULIS ARTIKEL PERLU KOMITED



Oleh : SIDANG REDAKSI

SEJAK akhir-akhir ini Sabahkini.net menerima banyak artikel yang bermutu tetapi tidak dapat disiarkan kerana penulis menggunakan email palsu, nama samaran, tidak menyertakan alibi sehingga Sabahkini.net menerima lebih 23 saman setakat ini.

Sehubungan itu, Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D meminta Sidang Redaksi Sabahkini.net agar memastikan artikel yang bertanggung jawab sahaja disiarkan di portal ini bagi mengelakkan beliau membuang banyak masa melayan peguam dan hadir di mahkamah.

"Kita amalkan dasar terbuka. Ada bukti dan penulis mahu bertanggung jawab apa yang beliau tulis, kita akan siar. Kita masih lagi mengamalkan Bill of Guarantee (BoG) yang tidak menapis internet," kata Mutalib yang menggesa agar mereka yang terkena musibah atau kritikan agar bersabar dan mengatasi masalah yang disampaikan rakyat melalui Sabahkini.net.

Mutalib menegaskan agar pihak yang tersindir atau dituduh melakukan amalan di luar tabii rakyat, sama ada melalui ruangan Disquss, Karikatur atau artikel, agar tidak melakukan tindakan samseng seperti mengugut atau mencederakan wartawan Sabahkini.net, sebaliknya segera memfailkan tindakan undang-undang terhadap Sabahkini.net.

"Setakat ini kita masih bertolak ansur dengan para pengomen sekalipun keterlaluan kerana kita menghormati hak asasi para blogger untuk meluahkan rasa tidak puas hati, sekalipun menggunakan bahasa kesat atau lucah," ujar Mutalib yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada para blogger yang menyumbangkan buah fikiran untuk membangunkan negara, sekalipun mengkritik Sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment