Wednesday, 18 January 2012

PETRONAS SERAH DUA BLOK EXPLORASI



PETRONAS Selasa memberikan dua blok eksplorasi laut dalam luar pesisir Sabah, di bawah kontrak perkongsian pengeluaran berasingan (PSC) dengan kerjasama antara JX Nippon, INPEX Corporation dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

PSC untuk Blok R Laut Dalam diberikan kepada kerjasama JX Nippon Oil & Gas Exploration (Deepwater Sabah) Ltd (pengendali, 37.5 peratus), INPEX Offshore South West Sabah Ltd (37.5 peratus) dan Petronas Carigali Sdn Bhd (25 peratus), kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Perjanjian PSC telah dimeterai hari ini. Untuk Blok S Laut Dalam, PSC telah diberikan kepada INPEX Offshore North West Sabah Ltd (Operator 75 peratus) dan Petronas Carigali (25 peratus).

Blok-blok R dan S laut dalam, berukuran, masing-masing 675km dan 574km, dan terletak dengan kedalaman dari 100 hingga 1,600 meter.

Blok-blok eksplorasi itu berdekatan dengan penemuan utama antaranya seperti lapangan Kikeh, Kebabangan dan Gumusut-Kakap.

Komitmen kewangan minimum untuk Blok R dan S laut dalam, masing-masing US$123 juta dan US$72 juta. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap Blok R dan S ini akan membantu meningkatkan pencarian minyak dan gas di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan peningkatan pengeluaran minyak dan gas Sabah akan memberi manfaat yang lebih pada rakyat Sabah.

      Delete
  2. Selepas menandatangani kontrak ini, harap syarikat yang terbabit akan bekerjasama dengan baik.

    ReplyDelete
  3. hopefully in the near future there will be more oil and gas related projects will be awarded to Sabah

    ReplyDelete
  4. moga dgn kerjasama ini, harap hasil cari gali petronas akan meningkat.

    ReplyDelete
  5. hopefully Sabah can gain more income dan can provide more job opportunity to local people of Sabah.

    ReplyDelete
  6. Diharap dengan ni ekonomi Sabah akan lebih meningkat dan memberi banyak manfaat kepada Sabah.

    ReplyDelete
  7. JX Nippon dan INPEX Corporation ni syarikat dari mana?

    ReplyDelete
  8. Kerjasama ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengeluaran minyak dan gas di Negara kita.

    ReplyDelete
  9. Let the benefits be received by Sabahans fairly. Not only to certain parties.

    ReplyDelete
  10. apa sahaja keputusan yang diambil oleh Petronas perlu mengambilkira pandangan atau maklumbalas rakyat Sabah kerana isu minyak dan gas Sabah sangat sensitif dan kontroversi di negeri ini..

    ReplyDelete