JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) berharap cadangan pelbagai pihak dalam sesi pendengaran awam, yang penerimaannya diputuskan Parlimen, dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mandat enam bulan jawatankuasa itu akan berakhir April ini dan laporan penambahbaikan tersebut sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Parlimen.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada waktu rehat sesi pendengaran awam selama dua hari di Bilik Gerakan Negeri Kota Darul Naim, Kelantan.
Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata setakat ini, sebanyak 10 cadangan dikemukakan kepada Parlimen termasuk penggunaan dakwat kekal.
Beliau berkata sambutan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu di Kelantan terhadap pendengaran awam itu amat baik walaupun sebahagian besar perkara yang dicadangkan sudah dibangkitkan pada sesi sebelum ini.
Katanya, antara cadangan lain ialah umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun, peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperkukuhkan lagi dan pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika penyandangnya meninggal dunia, sebaliknya menyerahkan kepada parti yang diwakili penyandang tersebut untuk memilih penganti. (BERNAMA)
PSC perlulah pastikan PRU-13 dilaksanakan dengan adil.
ReplyDeleteWajib dilaksanakan pada PRU13. Takkan nak tunggu PRU14 pula.
ReplyDeletePSC mmg perlu dilaksanakan.
ReplyDeleteHarap pelaksanaan tu dapat dijalakan sebelum PRU13 / pada PRU13
Deleteharap cadangn-cadangan yang dikemukakan akan diterimapakai pada pru akan datang.
ReplyDeleteharap setiap cadangan tersbut akan dapat menambahbaik sistem pilihanraya sedia ada.
ReplyDeletesaya tertanya2 apa cadangan2 yang telah diterima dan digunapakai dalam PRU nanti melalui PSC ni.
ReplyDeletesemoga salah satu yang akan dinyatakan nanti ialah penubuhan RCI untuk isu PATI di Sabah.
ReplyDeleteCadanagan2 PSC diharap dapat diterima dan diluluskan oleh Parlimen. Terutamanya cadangan RCI, diharap mendapat kelulusan dan dapat dilaksanakan pada tahun ni. Sekiranya RCI dapat dilaksanakan sebelum PRU13, akan membuat rakyat Sabah berpuas hati dengan progress menyelesaikan isu PATI/kerakyatan.
ReplyDeletePSC telah mengkaji perkara pelbagai cara untuk menambah baik Pilihanraya akan datang. Maka kita harap akan ada perubahan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSemoga PSC mampu memperjuangkan pilihan raya yang lebih adil dan bersih semasa PRU-13.
ReplyDeletekalau boleh semua cadangan itu dapat dilaksanakan sebalum bermulanya pilihanraya umum..
ReplyDeletehanya melihat kepada kesungguhan kerajaan dalam menubuhakn PSC, saya yakin dibawah pentadbiran Najib, kita akan menyaksikan penambahbaikkan proses pilihanraya sebagaimana yang dituntut oleh pelbagai pihak..
ReplyDelete