Oleh : KREW SABAHKINI.NET
SERAMAI 8,000 orang anggota PKR seluruh Sabah akan hadir mendengar amanat Ketua Umum Parti Keadilan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 23 Januari, jam 6.35 petang bertempat di Kampung Langsat, Kinarut (di halaman perkarangan rumah Halik Zaman.)
Halik Zaman yang dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Rapat Perdana Negeri berkata bahawa setakat ini sokongan moral dan sambutan dari orang ramai dan anggota PKR amat menggalakkan.
Kata Halik, perhimpunan yang paling besar yang julungkali pernah diadakan akan mendedahkan satu lagi cerita baru isu baru Kerajaan BN menyalahgunakan wang rakyat secara 'daylight robbery'.
"PKR Negeri adakan Rapat Perdana pada 23 Jan dengan secara aman damai, tiada sepanduk, tiada provokosi dan Rapat Perdana ini diadakan secara berhemah," kata Halik yang menegaskan rapat ini sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum.
Bila diasak pertanyaan adakah Rapat Perdana itu diadakan sebagai suatu tanda lampu hijau PRU13 akan diadakan, Halik yang juga Ketua PKR Cabang Tenom itu menjawab, " Mengadakan PRU itu bukan tugas Dato Seri Anwar Ibrahim. Tugas kami dalam PKR cuma bersiap siaga dan jika pada bila-bila masa sahaja diadakan PRU, kami sudah bersedia. Walau esok sekali pun diadakan, PRU13 PKR dan Pakatan Rakyat tidak bimbang".
Halik bagaimanapun mengakui bahawa tujuan Rapat Perdana ini diadakan untuk mengeratkan saf anggota Parti Keadilan Rakyat, selain mendengar cerita baru dan isu baru yang akan didedahkan kepada rakyat untuk pengetahuan para pengundi.
Bagaimanapun banyak pertanyaan yang enggan dijawab oleh Halik Zaman selaku Pengerusi Rapat Perdana Negeri terutama yang berkaitan dengan dasar PKR kerana di luar bidang kuasa beliau.
Hopefully during this rally, there will be no public disturbance.
ReplyDeletePakatan should be allowed to promote their party to create a fairer competition.
ReplyDeleteThe people must know how to tell between parties and decide on the best ones.
ReplyDeleteAnwar nak datang ke Sabah, pasti ramai nak dgr ucpan dia.
ReplyDeleteHarap2 tiada kekecohan dan bom meletup lagi.
ReplyDeleteUtamakan keselamatan sesama.
ReplyDelete"Tugas kami dalam PKR cuma bersiap siaga dan jika pada bila-bila masa sahaja diadakan PRU, kami sudah bersedia. Walau esok sekali pun diadakan, PRU13 PKR dan Pakatan Rakyat tidak bimbang".
ReplyDeletebaguslah kalau sudah membuat persediaan awal. tak perlu bimbang untuk hadapi PRU dalam masa terdekat ini.
salah satu tujuan rapat perdana ini adalah untuk mendedahkan salahguna wang rakyat oleh BN. Nampaknya ini salah satu strategi PKR mahu mendapat sokongan dan menjatuhkan kerajaan. rakyat Sabah pandai2lah menilai.
ReplyDeleteAnwar telah memulakan kempennya lebih awal menjelang PRU 13 akan datang ini.
ReplyDeleteEvery party has its opportunity to campaign in order to get support from the voters, as long as they obey rules.
ReplyDeleteBN sibuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang benar2 memerlukan, PKR pula sibuk membuat perhimpunan semata2 mahu menyebarkan cerita2 baru yang boleh digunakan untuk kempen pilihanraya..
ReplyDeletebagaimana dengan Anwar? adakah beliau tidak pernah menyalahgunakan wang rakyat ketika beliau masih menjawat jawatan penting dalam kabinet persekutuan??
ReplyDelete