Thursday 26 January 2012

TINGGINYA IMIGINASI LIAR PEMBANGKANG?



Oleh : DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

ISU dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akhirnya terjawab.

Isu berkenaan mencuri perhatian senario politik tanah air sejak rakan sejawatan saya, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Ahli Parlimen pembangkang lain membangkitkan isu berkenaan di Parlimen serta menerusi media.

Saya akui, kebimbangan turut wujud di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana dakwaan yang dibuat sangat serius dan membabitkan wang pembayar cukai yang mencecah berbilion ringgit.

Justeru, semestinya kami berasa lega apabila Kementerian Pertahanan dan pegawai atasan Angkatan Tentera memberi 'penjelasan sejelas kristal' (sekadar memetik ungkapan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution) dalam taklimat kepada Ahli Parlimen BN (Saya sendiri, Khairy Jamaludin, Datuk Ahmad Hamzah, P Kamalanathan dan Bung Moktar) dan Pakatan Rakyat ( Tony Pua, Dr Dzul dan Datuk Saifuddin) beberapa hari lalu.

Nampaknya, dakwaan ditimbulkan tidak benar dan ada penjelasan munasabah di sebalik itu itu. Angka RM9 bilion yang dinyatakan memang direkod secara rasmi sejak 2008 lagi.

Jumlah itu adalah nilai siling sebenar yang diperuntukan menerusi dua Rancangan Malaysia (RM6 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan RM3 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11).

Selepas taklimat berasaskan fakta yang meruntuhkan hujah pihak pembangkang, Tony cuba memberi justifikasi kepada tohmahannya dengan mendakwa apa yang dinyatakan dalam blog dan kenyataan medianya sebelum ini sekadar ingin bertanya dan beliau tidak merasakan apa yang salah mengenainya.

Sepantas itu juga saya katakan kepada Tony supaya meneliti ceramahnya sendiri di YouTube yang sarat dengan sindiran kononnya berbilion ringgit telah disalahguna dan perolehan ketenteraan dipenuhi unsur rasuah.

Saya tegaskan beliau bukan sekadar bertanya tetapi memang sengaja mencari pasal. Beliau hanya berdiam dan tidak membalas.

Saya akui, isu perolehan ketenteraan sering menjadi kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit. Bagaimanapun, ia bukan unik atau eksklusif berlaku di Malaysia saja kerana kebanyakan negara berdepan isu sama.

Dalam taklimat berkenaan, Ahli Parlimen pembangkang ada mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen Mengenai Perolehan Pertahanan (Parliamentary Oversight Committee on Defense Procurement). Menteri Pertahanan memaklumkan beliau menerima apa juga keputusan Parlimen berhubung perkara itu.

Secara prinsipnya, saya tiada masalah dengan cadangan itu. Namun sebagai Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan negara, saya khuatir untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat berkaitan keupayaan strategik ketenteraan kita.

Kita memerlukan keseimbangan di antara pendedahan awam dengan kepentingan menjaga kerahsiaan ketenteraan. Garis tipis yang membezakan dua perkara ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dihargai atau difahami pembangkang melainkan mereka menjadi kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Saya juga tertarik dengan cadangan balas Khairy Jamaluddin supaya diadakan sesi rundingan berkala antara Ahli Parlimen dan Kementerian Pertahanan adalah lebih baik. Ini boleh menjelaskan pelbagai isu yang menjadi kebimbangan umum.

Hakikatnya, perolehan aset dan bajet keseluruhan pihak ketenteraan mana-mana negara sekalipun tidak semestinya dilingkari misteri atau pelbagai persoalan. Dengan bantuan enjin carian Google, anda boleh mendapat maklumat dan gambaran kadar perbelanjaan dan kekuatan ketenteraan mana-mana negara. Ia tidak sesukar mana.

Apa yang mahu dirahsiakan pasukan tentera di seluruh dunia ialah sub-sistem persenjataan, kaedah fungsi aset ketenteraan masing-masing dan kemantapan pertahanan serta bagaimana sistem sedia ada digunakan untuk menggempur.

Dalam erti kata lain, apa yang tidak boleh didedahkan ialah bagaimana aset digunakan dan bagaimana senjata dimanfaatkan untuk kegunaan operasi. Semua sistem komponen ini memang menelan belanja besar. Cuba kita buat perbandingan.

Sesiapa pun boleh menggunakan Google untuk mengetahui kos sebuah jet jumbo Boeing 747. Bagaimanapun, apa yang ada dalam pesawat rasmi Boeing 747 Presiden Amerika Syarikat adalah maklumat sulit.

Pesawat Air Force One itu dikatakan boleh melancarkan serangan udara, berupaya mengisi minyak tanpa perlu mendarat dan memiliki bilik kalis bom bagi Presiden. Ia juga dipercayai mempunyai sistem elektronik, avionik dan komunikasi paling canggih di dunia bagi memberi Presiden kuasa penuh dan mutlak untuk mengawal persenjataan nuklear Amerika walaupun ketika berada 40,000 kaki dari paras laut.

Jadi, bagaimana kita boleh bandingkan harga sebuah pesawat Boeing 747 MAS dengan pesawat 747 digunakan Obama? Mustahil! Ia cuma boleh dilakukan jika kos nilai tambah dan sistem keselamatan dan persenjataan canggih pesawat 747 Presiden Obama itu didedahkan kepada umum. Kita tahu Amerika tidak sebodoh itu. Mengapa harus kita memulakannya?

Isu kedua yang di timbulkan oleh Tony Pua ialah apakah RM9 bilion itu harga yang berpatutan untuk membina 6 buah LCS/SGPV? Seperti Tony Pua, saya bukannya seorang pakar persenjataan. Tetapi saya boleh membuat perbandingan harga yang kerajaan bayar semasa membina 6 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) generasi pertama 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1998.

Ketika itu kerajaan membelanjakan RM5.35 bilion. Hari ini, pada kadar inflasi 3.5% setahun, anggaran kos pembinaan 6 buah kapal NGPV yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti tahun 1998 ialah RM8.37 bilion. Jumlah itu hampir sama dengan peruntukan siling belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membina 6 kapal LCS/SGPV yang jauh lebih canggih, besar dan mempunyai persenjataan moden.

Kami dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan di dalam taklimat tempoh hari bahawa LCS/SGPV ini akan mempunyai keupayaan pertempuran (combat) seperti kapal perang kelas frigat dibandingkan dengan NGPV yang hanya mempunyai keupayaan rondaan (patrol).

Menurut Panglima Tentera Laut yang turut hadir, LCS/SGPV ini bakal mempunyai sistem pengawasan jarak jauh (long range surveillance) termasuk senjata permukaan bumi ke udara (surface to air missiles), permukaan bumi ke permukaan bumi (surface to surface missiles), sistem perlepasan torpedo (torpedo launching system), sonar dan radar pengawasan.

Saiz LCS/SGPV ini juga akan jauh lebih besar (melebihi 100 meter dibandingkan dengan NGPV iaitu 91.1 meter) dengan kelajuan yang lebih pantas (28 knot berbanding 22 knot untuk NGPV). Kesemua keupayaan ini tidak ada dalam NGPV yang dibina dalam tahun 1998 dengan kos yang hampir sama dengan yang diperuntukan untuk LCS/SGPV. Secara ringkasnya, kerajaan membelanjakan jumlah yang hampir sama untuk membeli kapal yang jauh lebih canggih, hebat dan sofistikated !

Isu ketiga yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah kenapa tidak dibuat secara 'open tender'? Untuk makluman, syarikat Boustead Naval Shipping (BNS) adalah majoritinya dimiliki oleh pesara angkatan tentera melalui Lembaga Tabung angkatan Tentera.

Pengangan saham oleh LTAT mencecah lebih dari 60%. BNS mempunyai 3,000 pekerja rakyat Malaysia yang mana pekerjaan mereka bergantung kepada kontrak pembuatan kapal daripada Kementerian Pertahanan. Kami dimaklumkan tidak ada syarikat tempatan yang mempunyai limbungan yang berupaya untuk membina kapal LCS/SGPV ini di dalam Malaysia. Saya kira alasan itu munasabah asalkan kosnya berpatutan.

Ahli Parlimen pembangkang tidak wajar membiarkan imaginasi liar mereka memperkecilkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan. Tidak salah untuk bertanya atau menduga kerana itu memang dijangkakan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang. Bagaimanapun, janganlah memutarbelit fakta untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keselamatan negara.

Saya harap kedatangan Tahun Naga akan memberi lebih kebijaksanaan kepada Ahli Parlimen pembangkang terutamanya Tony Pua. Hentikanlah imaginasi liar anda!.

38 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Harap keputusan Parlimen mengenai hal ni adalah yang terbaik untuk Kementerian Pertahanan dan keselamatan rakyat M'sia.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya isu yang dibangkitkan oleh Tony Pua telah mendapat penjelasan secara jelas. Harap ni dapat melegakan hati semua rakyat M'sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia dah diperjelaskan, harap mereka faham dan tak cuba nak manipulasikan lagi hal ini.

      Delete
    2. biasanya pembangkang akan sentiasa mencari cara untuk membangkitkan isu yang sama biar pun telah dijelaskan sejelas-jelasnya. Jadi, terserah pada rakyat untuk menilai.

      Delete
    3. Memang sudah dijelaskan tapi tengok sajalah nanti ada juga 'penjelasan balas' ni nanti. haha

      Delete
    4. penjelasan sudah diberikan, harap isu ini tidak dimainkan lagi.

      Delete
  4. isu2 ketenteraan tak perlulah dijadikan bahan politik, sistem ketenteraan adalah sulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the opposition should know better that its classified.

      Delete
    2. Itu bagi orang yang pandai berfikir kesannya, kalau tak konpom ikut sedap rasa saja dorang cakap. huhu

      Delete
    3. ya..pekara ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak pun.

      Delete
  5. All the slanders as well as false accusation has been answered. Hopefully this matter can be put to rest...

    ReplyDelete
    Replies
    1. when this matter is put to rest,another matter will arise.

      Delete
    2. Jangan lagi dipanjangkan kerana ia hanya akan mengundang ketegangan saja.

      Delete
    3. Pembangkang perlu lebih profesional dan bukannya membuat spekulasi setiap masa semata-mata mahu dapatkan sokongan rakyat. Nanti masuk perangkap sendiri baru tahu.

      Delete
    4. inilah politik..semua pun mahu dijadikan isu..harap isu ini cukup setakat ini.

      Delete
  6. hopefully the procurement of these vessels will serve the defense our nation well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Something need to be explain and show to rakyat but something can't simply show up for safety purpose.

      Delete
    2. Hehehe.. Sangat bersetuju apatah lagi ia melibatkan soal keselamatan.

      Delete
  7. with the election just around the corner, its not surprising that many opposition is trying to raise all kinds of issues.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sudah jadi ragam dalam dunia politik:P Mungkin masing2 pun mahu popular dan dapat perhatian kan, tu la pasal ada saja yang ditimbulkan.

      Delete
    2. Sometimes they purposely twist the facts so that rakyat get confused and distrust the govt.

      Delete
    3. pembangkang mahu menjadi kerajaan yang seterusnya. jadi, mereka rasa dengan cuba menimbulkan isu2 seperti ini maka mereka dapat menarik perhatian rakyat dan mendapat sokongan.

      Delete
    4. ya..pelbagai isu dimainkan mungkin untuk menarik perhatian.

      Delete
    5. Begini lah dunia politik..pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan dengan memanaskan isu yang kadang2 tidak logik.

      Delete
  8. Tugas pembangkang sebenarnya membantu memantapkan sistem sesebuah negara atau menjadi pelengkap dengan membantu untuk melicinkan perjalanan pentadbiran. dalam hal ini, pembangkang sebenarnya bukan lagi membantu melicinkan pentadbiran negara tetapi sebaliknya menjatuhkan negara.

    ReplyDelete
  9. Kalau benar ada fakta yang menyokong perkara ini baguslah. Maka Pembangkang tidak akan dapat mereka cerita sesuka hati.

    ReplyDelete
  10. Janganlah memutarbelit fakta untuk kepentingan politi pembangkang sendiri. Kerana itulah yang kita tidak mahu. Menggunakan isu ini hanya untuk kepenting sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangpun pembangkang mengunakan isu ini untuk kepentingan diri sendiri..bukannya untuk rakyat.

      Delete
  11. setiap individu perlulah bijak menilai sesuatu isu yang dimainkan dan jangan mudah percaya.

    ReplyDelete
  12. harus berterima kasih kepada peranan pembangkang juga.

    ReplyDelete
  13. Masing-masing ingin menjadi famous. Jangan terlupa tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. Harap parti ini tidak memainkan isu sensitif yang meningkatkan ketidak puasa hati semua pihak.

    ReplyDelete
  15. isu perolehan ketenteraan sering menjadi kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit. Bagaimanapun, ia bukan unik atau eksklusif berlaku di Malaysia saja kerana kebanyakan negara berdepan isu sama.

    harus juga berhati-hati dengan perbelanjaan juga supaya setipa ringgit yang digunakan berbaloi.

    ReplyDelete
  16. Everyone eying for seats now. Let the people decide who they want.

    ReplyDelete
  17. Dakwaan yang tiada bukti merupakan fitnah juga. Harus juga berhati-hati dengan komennya.

    ReplyDelete
  18. susah juga kalau buat kenyataan tanpa usul periksa.. apa sahaja isu yang terlintas dia bedal saja.. akhirnya terludah muka sendiri..

    ReplyDelete