Oleh : AZMAN ARIFFIN
WAWANCARA BBC dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 12 Januari lepas membuktikan beliau sebagai pemimpin yang komited memperjuangkan hak asasi manusia tanpa mendiskriminasi sesiapa walaupun golongan yang dipandang hina oleh sesetengah orang, iaitu LGBT.
UMNO cuba menjadikan Anwar pemimpin kotor kerana pendirian beliau ini tetapi hakikatnya, Anwar kini disanjung dunia sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, sanggup menentang arus demi keteguhan prinsip meletakkan demokrasi, keterbukaan, ketelusan dan hak asasi mengatasi segala-galanya.
Berikut adalah sedutan wawancara BBC 12 Januari 2012 yang dijadikan faktor untuk menghentam Anwar:
BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda; ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan. Apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu. Kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.
“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan. Kita perlu mengkajinya semula. Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai. Saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu, tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan.“
Ternyata pendirian Anwar ini bukan baru. Perkara yang sama dinyatakan kepada AP melalui artikel bertajuk 'Anwar Slams Malaysian Sodomy Law' yang turut disiarkan dalam Dragoncastle.net, laman rasmi Gay Thailand dan Gay Asia.
Anwar: “Orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan. Kita perlu mengkajinya semula."
Pandangan yang sama diberikannya dalam Agence France-Presse, 11 November 2004, sebaik sahaja dilepas dan dibebas dalam kes Fitnah I oleh Mahkamah Persekutuan dan juga interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, 19 Mei 2011;
“Kami mengakui pentingnya institusi keluarga dan perkahwinan (yang sedia ada). Namun, kami tidak sepatutnya bertindak melampau atau mendiskriminasi orang lain (LGBT). Jawapan adalah melalui (proses) pendidikan dan PAS menerima pandangan ini”.
Anwar: “Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai. Saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu.”
Anwar sendiri telah menegaskan bahawa PAS menerima pandangannya. Maka, kenapa kita harus terpedaya dengan fitnah UMNO yang cuba memburukkan beliau?
Sudah pastilah jika Anwar berada di landasan yang salah, maka PAS, sebagai parti yang memperjuangkan Islam akan menentangnya. Kesediaan PAS untuk mengambil sikap terbuka dalam isu LGBT dan menerima pendirian Anwar membuktikan parti itu berjaya mengatasi pemikiran kuno demi menjadi lebih relevan dalam dunia hari ini.
Pendirian baru PAS ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang sesuai dengan semua zaman. Ternyata karisma Anwar berjaya membuka hati PAS untuk melihat ke hadapan.
Tidak boleh tidak, kita semua harus menerima hakikat bahawa dunia telah berubah. Manusia lebih bijak dan kebijaksanaan itu menuntut keterbukaan. ‘Tamadun’ tidak akan bermakna jika tiada keterbukaan.
Keterbukaan membolehkan kita melihat dengan lebih jelas soal keadilan dan hak asasi dengan lebih luas yang merangkumi semua golongan. Selagi ada diskriminasi terhadap satu-satu golongan mana mungkin kita mendabik dada sebagai berlaku adil?
Justeru, kita percaya Malaysia pastinya akan lebih baik, makmur dan maju di bawah pemimpin yang berpandangan jauh lagi adil dan prihatin seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mungkin di Malaysia, LGBT ini masih tidak boleh diterima secara terbuka lagi.
ReplyDeleteapapun, budaya songsang tak harus diamalkan di Malaysia.
ReplyDeleteMalaysia tidak akan pernah menghalalkan hubungan songsang.
DeleteBe moderate in every action.
ReplyDeleteKenyataan Anwar akan membuatkan rakyat M'sia keliru
ReplyDeleteTidak tahu kenapa Anwar sering kali dikaitan dengan seks. Adakah beliau ini benar-benar menyukainya. Jika tidak mana mungkin ada pihak yang cuba memainkan isu ini jika tidak ada kaitan dengan anwar.
ReplyDeletekalau pembangkang menyokong hubungan sejenis, mereka tetap disanjung tinggi.. entah bagaimana agaknya jika pemimpin2 kerajaan pula yang menyokong hubungan sejenis ini.. jangan harap la akan disanjung tinggi.. begitulah hipokritnya pemimpin2 pembangkang..
ReplyDeleterosaklah negara ini apabila diperintah oleh parti yang mana ketuanya mengalami kerosakkan minda.. tidak semestinya beliau dipihak pembangkang, malah pernah mendapat gelaran anugerah tuhan, maka apa sahaja tindakan beliau secara automatik dihalalkan..
ReplyDelete