Oleh : AMIRUDDIN HARUN
KUALA LUMPUR 24 Julai -
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Jawatankuasa
Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) untuk membatalkan
perintah Menteri Dalam Negeri pada tahun lalu yang mengisytiharkan Bersih
sebagai pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusuf
memutuskan demikian tanpa kos selepas berpendapat keputusan Menteri Dalam
Negeri yang mengharamkan Bersih mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966
dicemari dengan keadaan yang tidak rasional.
Menurutnya, Bersih dikatakan
mengancam keselamatan negara tetapi tindak-tanduk pihak responden yang
dinamakan dalam semakan kehakiman tersebut iaitu Menteri Dalam Negeri, Ketua
Polis Negara dan kerajaan terhadap Bersih menunjukkan sebaliknya.
"Ia boleh jadi dua
perkara sama ada Bersih adalah pertubuhan haram kerana menjadi ancaman kepada
keselamatan dan seminggu kemudian ia tidak lagi menjadi ancaman atau keputusan
untuk mengisytiharkan Bersih adalah haram dibuat tanpa mengambil kira beberapa
fakta yang relevan,’’ katanya.
Permohonan untuk membatalkan
perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai 2011 yang menganggap kumpulan
tersebut adalah pertubuhan haram dikemukakan oleh 14 Ahli Jawatankuasa Bersih
termasuk Pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada 8 Julai 2011. (UM)
No comments:
Post a Comment