Oleh : OSIN DIKUN
SURUHANJAYA Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan
siasatan berhubung aduan rasmi terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal yang didakwa meluluskan beberapa projek Top-Up (projek yang
berharga luar biasa), termasuk 16 projek NKRA yang diluluskan kepada Timbalan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin
dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.
Maklumat dalaman yang
diperolehi daripada SPRM sebentar tadi mengesahkan siasatan ditumpukan kepada 16 Projek NKRA yang menyimpang daripada tatacara tawaran biasa sehingga melibatkan
penyalahgunaan kuasa, memperdaya dan mengemukakan maklumat palsu secara curang
agar projek-projek berkenaan diluluskan kepada kroninya.
"Siasatan juga termasuk
Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat
sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta," kata sumber SPRM mengesahkan
bahawa siasatan termasuk jalan berkenaan.
Kata sumber itu lagi, adalah
tidak munasabah jika jalan sepanjang 12 kilometer berkenaan dibina dengan kos
RM82 juta iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer iaitu 600 peratus lebih mahal
daripada kos tertinggi pembinaan jalan luar bandar.
Sumber tersebut juga mendedahkan
siasatan termasuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar
Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna Sabah melalui tender bernombor
KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00 yang diberikan kepada Ternama Tabah
Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa
II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai
RM81,475,281.42 diserahkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd.
"Sekalipun dibuat
secara tender, tetapi terdapat campurtangan menteri dan manipulasi di kalangan
Jawatankuasa Tender KKLW yang menjadi asas siasatan kerana kuasa Menteri KKLW
hanya RM10 juta sahaja," ujar sumber berkenaan yang mengesahkan siasatan
sudah di peringkat akhir.
Dalam pada itu, keberanian luar
biasa Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima
Lajim Haji Okin yang seolah-olah menunjukkan 'jari tengah' kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dengan menghadiri beberapa acara rasmi anjuran
Parti Pembangkang, memang dikagumi ramai pemerhati politik Sabah.
Bukan rahsia lagi jika
dikatakan bahawa semua tindakan Lajim mendapat restu Naib Presiden UMNO, Datuk
Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang mengumpan Lajim dengan beberapa projek Pembangunan
Luar Bandar bernilai RM150 juta; terutama Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar
berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos
RM82 juta.
Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.
Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.
Menurut maklumat dalaman
SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan mereka
kerana dilaporkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan
Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu
kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2
hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).
Projek HQ.191/2011(F) bagi
kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan
kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011
dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek
setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.
Syarikat Kumpulan Kemajuan
K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling
dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem
Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard,
Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan
Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada
30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.
Pengumuman Najib di Pekan,
Pahang baru-baru ini bahawa beliau belum memutuskan senarai calon PRU-13
mungkin untuk menimbang dengan semasaknya tokoh yang mempunyai kes dengan SPRM,
termasuk Shafie, Lajim, Salleh Kalbi dan beberapa Wakil Rakyat yang masih dalam
peringkat saringan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
bunburing telah membuat penafian akan hal ini dan dia sedia untuk disiasat.
ReplyDeletebaik kita tunggu dan lihat sahajalah perkembangan kes ini.
Deletebiarpun bumburing telah membuat penafian tetapi ia tidak bermaksud dia tidak terlibat langsung.
DeleteBiarlah pihak berkuasa mengesahkannya.
Deletepada pRU nnti, kita tgk siapa yang akan dicalonkan.
ReplyDeleteHabislah Lajim dan Bumburing dihentam bila ada ura2 mereka akan keluar dari BN. sekarang dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan.
ReplyDeletemereka cuma disiasat, tidak bermaksud mereka telah dijatuhkan hukuman.
DeleteShafie sudahpun keluarkan kenyataan sejak tahun lalu untuk menerima apa saja keputusan yang bakal beliau hadapi.
ReplyDeleteKes Lajim & Bumbering semakin rumit nampaknya.
ReplyDeleteKerjasama mereka untuk kerja siasatan amat diperlukan.
ReplyDeletejika benar, hantar kes ini ke mahkamah dan membiarkan mahkamah sendiri untuk menentukannya.
ReplyDeleteTuduhan harus bersampiran dengan bukti yang sah.
DeleteSatu lagi agenda yang tidak diketahui.
ReplyDeleteSenarai calon dibuat najob harus bergantung kepada keupayaan masing-masing. Jangan pula memilih liabiliti parti yang tidak membawa perkembangan langsung.
ReplyDeletePengagihan kerusi adalah cabaran untuk Najib juga agar semua parti komponen terus memberi sokongan.
ReplyDeleteNajib perlu bijak dalam meletakan calon2 BN pada pru13.
DeletePasti Shafie tidak akan dicalonkan lagi
ReplyDeleteMungkin juga perkara ini berlaku. Kita dapat lihat sendiri kegagalan KKLW dalam pembangunan luar bandar.
ReplyDeleteApa pun kita nantikan calon-calon yang bertanding pada PRU13 nanti. Pengumuman akan dibuat oleh Datuk Najib sendiri.
ReplyDelete