Oleh : DONNY YAPP
KOTA KINABALU : CAPS menyokong
penuh saranan Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSM) supaya
kerajaan Persekutuan lebih serius dalam mengepalai liberalisasi penuh dasar
kabotaj dalam menangani kos tinggi barangan di Malaysia Timur.
Pendedahan Datuk Wong Khen
Thau mengenai mesyuarat di Kuching berkenaan kabotaj yang mana kenyataan para
pegawai Kementerian Pengangkutan Persekutuan menunjukkan sama ada pusat tidak
serius atau mereka di bawah kawalan para monopoli perkapalan.
Ini kerana menurut Khen
Thau, para pengoperasi perkapalan ini mengaut berbilion keuntungan bagi sektor
perjalanan barangan dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur setiap tahun.
Isu kabotaj ini berlarutan
sudah sekian lama, CAPS berharap kerajaan negeri dan khususnya kepada
persatuan-persatuan Cina atau para pemimpin Cina juga haruslah bersuara lebih
lantang membela nasib para pengilang dan peniaga rakyat Sabah.
Selagi kos pengeluaran atau
barangan yang diimport mahal maka pastinya harga semua barang terus mahal, jadi
apalah gunanya kita di Sabah mempunyai banyak kilang tetapi dasar kabotaj ini
belum ada penyelesaian.
Akhirnya yang rugi adalah
pengguna Sabah sendiri. Sepatutnya negara kita yang sudah merdeka hampir 50
tahun dan ingin mencapi taraf sebuah negara maju, sudah mengkaji hal kabotaj
ini sebab ia memberi kesan amat buruk kepada kemunduran di Malaysia Timur
kerana kos hidup jauh lebih tinggi dan kemiskinan meningkat.
Slogan 1 Malaysia, 1
Wawasan, perlu ditambah satu lagi iaitu 1 Harga. Semua perkara harus mempunyai
sistem yang mantap dalam soal pelaksanaannya, lebih-lebih lagi kita hidup dalam
persaingan ekonomi global.
Kerajaan pusat dan negeri patut
mengkaji balik perkara ini dalam peta laluan pengangkutan ekonomi serantau dan
dunia, sepatutnya kedudukan geografi Sabah adalah yang paling strategik dalam
soal pelabuhan.
Mengapa kerajaan Malaysia
tidak menggunakan kesesuaian lokasi negeri Sabah sebagai negeri import dan
export barangan ke luar negara, sedangkan ia boleh mengurangkan kos pelaburan
dan masa.pada masa yang sama akan menarik perhatian para pelabur asing datang
ke Sabah untuk menanam modal dan seterusnya membangunkan ekonomi.
dasar kabotaj harus dikaji semula.
ReplyDeleteReview the Cabotage policy allowing foreign vessels to dock in Sabah and Sarawak port without having to go through Port Klang.
Deletesokong 1Harga 1Malaysia. harga barangan Sabah, Sarawak dan SM diselaraskan.
ReplyDeleteAgree with Ian Cooper. 1 Price, 1 Malaysia. Hopefully the Federal Government will take the right move to manage this higher-prices-of-goods-in-Sabah issue.
DeleteAda baiknya dasar kabotaj di kaji semula demi kebaikan masyarakat Sabah.
ReplyDeleteHopefully the Caboage policy can be reviewed for the good of Sabahans and Sarawakians.
DeleteSaya yakin jika ia dikaji semula dan diubah mengikut keperluan rakyat pasti hidup rakyat akan lebih baik dan kurang dengan bebanan harga.
ReplyDeleteThe prices of goods between East Malaysia and West Malaysia should be the same, afterall we are living in the same country and using the same currency.
DeleteHopefully FSM will be able to fight for the Establishment of the Cabotage policy so that the prices of goods in Sabah and Sarawak can be reduced.
ReplyDeleteKaji jangan tidak kaji mengenai dasar kabotaj ini.
ReplyDeletePerbezaan harga memang ketara sangat antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Maka kerajaan persekutuan harus tampil dan cuba menyelesaikan perkara ini.
ReplyDeleteLebih baik harga diselaraskan
Deletedasar kabotaj polisi harus dikaji semula samada masih relevance atau tidak
ReplyDelete