Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam agar
mengenepikan ideologi politik dan perbezaan kaum dalam melaksanakan tuntutan
agama serta berganding bahu berpimpin tangan menegakkan syiar Islam demi
mengukuhkan perpaduan dan mempertahan keamanan serta kemakmuran yang dinikmati
selama ini.
Katanya, umat Islam juga
seharusnya terus mengimarahkan surau dan masjid bukan sahaja di bulan Ramadhan
al-Mubaraq, malah berterusan sepanjang hayat.
Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab
mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menegaskan, tanpa keamanan dan
kemakmuran mustahil umat Islam dan rakyat negeri ini mampu melaksanakan ibadah
dengan selesa serta menghadiri majlis-majlis keraian seperti sambutan perayaan
dan menjalani kehidupan harian seperti sekarang.
Sehubungan itu, katanya umat
Islam hendaklah meningkatkan amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan yang
penuh dengan rahmat dan keberkatan.
“Meskipun ada di kalangan
kita berbeza pendapat dan ideologi politik, namun tidak semestinya kita terus
bersengketa dan memisahkan diri dari masyarakat dalam Hal Ehwal Agama Islam,”
kata Nasir.
Katanya, dalam kehidupan
bermasyarakat dalam sesebuah kampung hendaklah mengenepikan sikap mementingkan
diri, fahaman politik dan perbezaan kedudukan sebaliknya sama-sama memajukan
kampung dengan permuafakatan bijak sambil memelihara keharmonian kaum.
Beliau berkata demikian
sempena menghadiri majlis berbuka puasa dan Jelajah Ramadhan Al-Mubaraq di
Surau As-Syakirin bersama masyarakat Islam Kampung Salimbangun Zon Kabogan
dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pegawai Daerah Semporna, Abdul Muhammad Ibni Abdul Kadir Baba; Pemimpin Unit
Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Dun
Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Zon Kabogan, Haji Ghulam Miralam serta
kakitangan UPKR dan pejabat DUN Kawasan Senallang.
Sempena majlis itu, Nasir
menyampaikan bantuan zakat asnaf fakir miskin kepada 20 orang penerima;
menyampaikan sumbangan dan zakat peribadi kepada masyarakat dan kanak-kanak
yang turut menghadiri majlis itu seterusnya bersama-sama masyarakat Islam
menunaikan solat berjamaah Isyak dan solat sunat Tarawih.
jgn libatkan idelogli politk dgn agama, kita dalam satu agama kena brsatu.
ReplyDeleteMemang ramai yang sukar untuk mengenepikan ideologi politik dan perbezaan kaum dalam melaksanakan tuntutan agama hingga bila berada di tempat beribadat pun masih juga terbawa2.
ReplyDeleteMalah dalam agama pun ada juga yang berpuak2 dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.
DeleteHope that Sabahans will not let our religious difference affect our unity.
DeleteDon't mix politics with religion, both are controversial enough on its own.
ReplyDeleteBetul itu saya sokong..Ketepikan yang berkaitan dengan agama.
ReplyDeletePolitik dan agama adalah bidang yang berbeza. Jadi fikirkanlah.
ReplyDeletePerlu bezakan dua perkara ni untuk tidak bercampur aduk
DeleteJangan politikan agama.
ReplyDelete