Oleh : PENULIS KHAS
WAKIL RAKYAT Kuala Penyu,
Teo Mau Sing @ John Teo mungkin antara Yang Berhormat di Sabah yang tidak
pening kepala walaupun beliau tidak diberi peluang bertanding semula di
kawasannya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang kerana kepintarannya mempergunakan
sumber melalui pengaruh yang dimilikinya.
Ada tanda-tanda beliau tidak
lagi dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional namun pemimpin BN di bahagian
Beaufort merasakan wakil rakyat yang diberi jolokan sebagai 'YB Sepenggal' itu
sedang melakukan persiapan dengan mengumpul seberapa banyak duit melalui
projek-projek dari peruntukan Adun serta sumber lain hasil pengaruhnya sebagai
YB.
Seorang pemimpin kanan BN di
sini, yang geram dengan sikap John Teo yang tidak gemar menjawab telefon bimbit
apabila dihubungi, mendakwa YB itu berhabis mengumpul duit dan beliau memang
sukar untuk dicari.
"Percayalah cakap saya
selepas PRU ke-13, John Teolah bekas YB yang mewah dan kaya. Beliau tidak
peduli apa yang berlaku di kawasannya, yang penting diri beliau senang."
"Rakyat mengeluh tetapi
beliau peduli apa. Kita telefon tetapi beliau tidak akan jawab, sms apa lagi.
Beliau pintar untuk diri sendiri tapi yang tanggung masalah BN," jelasnya.
Wakil rakyat itu sering
menjadi sasaran rakyat kerana sikapnya yang sukar dihubungi malah apabila
dicari di kediamannya, banyak alasan diberikan malah ada kes YB itu berada di
rumah tetapi diberitahu ahli keluarganya, beliau sudah pergi ke Kota Kinabalu
menyebabkan mangsa yang dibohongi naik berang apabila mendapat tahu beliau sebenarnya
ada di rumah.
Mangsa itu menyatakan kepada
YB berkenaan, "saya datang mencari YB kerana ada urusan bukan untuk
meminta duit, tidak payah berbohong sebab saya juga mengundi YB dalam pilihan
raya lalu."
Seperti biasa beliau hanya
mampu berdiam apabila menghadapi keadaan seperti itu. Beliau tidak kisah dengan
tempelakan, yang penting kedudukan dimanfaatkan untuk kepentingan diri sendiri.
Peruntukan Adun beliau
sebanyak lebih sejuta setahun dikatakan hanya dilaksanakan seorang dua
kontraktor yang rapat dengan beliau dan ini menyebabkan ramai kontraktor lain
yang tidak menyenanginya. Tindakan itu membolehkan beliau mudah berunding dan
hasilnya tentulah mudah baginya mengumpul komisen ke dalam kocek.
Sungguh pun beliau berusaha
untuk melobi untuk diberi peluang sekali lagi termasuk mendapatkan tanda tangan
penduduk kampung, usaha itu dilihat sia-sia saja kerana prestasinya sepnajang
berkhidmat sebagai wakil rakyat terlalu dipersoalkan rakyat yang pernah
mengundinya.
"YB ini hanya
menggunakan peluang yang ada untuk dirinya, mengumpul duit seberapa yang banyak
yang dapat serta hanya menanti pencen yang bakal diperolehi. Rakyat pula
tinggal habuk dan selepas pilihan raya, beliau tetap kekal senang," dakwa
seorang pengundi di sini.
kita tak perlukan pemimpin seperti ini. setiap pemimpin perlu ada tanggungajwab.
ReplyDeleteThose who did not get re-appointed as candidate does not need to worry as they still get pension for life.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
It's common that some candidates gets replaced to give chance to other people to compete. Whether or not he is re-appointed, I'm sure John Teo will give support to his successor.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Pemimpin macam ni lah yang rakyat tidak perlukan, pemimpin yang tau isi poket sendiri saja.
ReplyDeletePenduduk ada hak mengundi untuk tentukan siapa pemimpin yang layak. jadi, gunakan hak tersebut sebaiknya.
ReplyDeleteKalau betullah John Teo bersikap seperti yang dilaporkan, amat mengecewakan.
ReplyDeleteMewah atau tidak sebagai wakil rakyat haruslah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.
ReplyDeleteUmno akan menjadi tulang belakang BN dan bekerja keras untuk memastikan kerajaan pemerintah berkuasa di Sabah. Umno dan parti komponen BN akan membuktikan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat melalui program-program pembangunan yang berterusan.
DeleteCM Datuk Musa Haji Aman telah berikrar bahawa kerajaan BN akan sentiasa menjaga keperluan rakyat.
ReplyDeletedaripada sekadar memburuk2kan beliau di media, bukankah lebih baik jika pengadu buat laporan sprm atau polis jika benar John Teo terlibat dengan penyelewengan atau rasuah??
ReplyDelete