Sunday 1 July 2012

JOHN TEO KEKAL MEWAH SELEPAS PILIHAN RAYA




Oleh : PENULIS KHAS

WAKIL RAKYAT Kuala Penyu, Teo Mau Sing @ John Teo mungkin antara Yang Berhormat di Sabah yang tidak pening kepala walaupun beliau tidak diberi peluang bertanding semula di kawasannya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang kerana kepintarannya mempergunakan sumber melalui pengaruh yang dimilikinya.

Ada tanda-tanda beliau tidak lagi dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional namun pemimpin BN di bahagian Beaufort merasakan wakil rakyat yang diberi jolokan sebagai 'YB Sepenggal' itu sedang melakukan persiapan dengan mengumpul seberapa banyak duit melalui projek-projek dari peruntukan Adun serta sumber lain hasil pengaruhnya sebagai YB.

Seorang pemimpin kanan BN di sini, yang geram dengan sikap John Teo yang tidak gemar menjawab telefon bimbit apabila dihubungi, mendakwa YB itu berhabis mengumpul duit dan beliau memang sukar untuk dicari.

"Percayalah cakap saya selepas PRU ke-13, John Teolah bekas YB yang mewah dan kaya. Beliau tidak peduli apa yang berlaku di kawasannya, yang penting diri beliau senang."

"Rakyat mengeluh tetapi beliau peduli apa. Kita telefon tetapi beliau tidak akan jawab, sms apa lagi. Beliau pintar untuk diri sendiri tapi yang tanggung masalah BN," jelasnya.

Wakil rakyat itu sering menjadi sasaran rakyat kerana sikapnya yang sukar dihubungi malah apabila dicari di kediamannya, banyak alasan diberikan malah ada kes YB itu berada di rumah tetapi diberitahu ahli keluarganya, beliau sudah pergi ke Kota Kinabalu menyebabkan mangsa yang dibohongi naik berang apabila mendapat tahu beliau sebenarnya ada di rumah.

Mangsa itu menyatakan kepada YB berkenaan, "saya datang mencari YB kerana ada urusan bukan untuk meminta duit, tidak payah berbohong sebab saya juga mengundi YB dalam pilihan raya lalu."

Seperti biasa beliau hanya mampu berdiam apabila menghadapi keadaan seperti itu. Beliau tidak kisah dengan tempelakan, yang penting kedudukan dimanfaatkan untuk kepentingan diri sendiri.

Peruntukan Adun beliau sebanyak lebih sejuta setahun dikatakan hanya dilaksanakan seorang dua kontraktor yang rapat dengan beliau dan ini menyebabkan ramai kontraktor lain yang tidak menyenanginya. Tindakan itu membolehkan beliau mudah berunding dan hasilnya tentulah mudah baginya mengumpul komisen ke dalam kocek.

Sungguh pun beliau berusaha untuk melobi untuk diberi peluang sekali lagi termasuk mendapatkan tanda tangan penduduk kampung, usaha itu dilihat sia-sia saja kerana prestasinya sepnajang berkhidmat sebagai wakil rakyat terlalu dipersoalkan rakyat yang pernah mengundinya.

"YB ini hanya menggunakan peluang yang ada untuk dirinya, mengumpul duit seberapa yang banyak yang dapat serta hanya menanti pencen yang bakal diperolehi. Rakyat pula tinggal habuk dan selepas pilihan raya, beliau tetap kekal senang," dakwa seorang pengundi di sini.


10 comments:

  1. kita tak perlukan pemimpin seperti ini. setiap pemimpin perlu ada tanggungajwab.

    ReplyDelete
  2. Those who did not get re-appointed as candidate does not need to worry as they still get pension for life.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. It's common that some candidates gets replaced to give chance to other people to compete. Whether or not he is re-appointed, I'm sure John Teo will give support to his successor.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Pemimpin macam ni lah yang rakyat tidak perlukan, pemimpin yang tau isi poket sendiri saja.

    ReplyDelete
  5. Penduduk ada hak mengundi untuk tentukan siapa pemimpin yang layak. jadi, gunakan hak tersebut sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. Kalau betullah John Teo bersikap seperti yang dilaporkan, amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  7. Mewah atau tidak sebagai wakil rakyat haruslah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno akan menjadi tulang belakang BN dan bekerja keras untuk memastikan kerajaan pemerintah berkuasa di Sabah. Umno dan parti komponen BN akan membuktikan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat melalui program-program pembangunan yang berterusan.

      Delete
  8. CM Datuk Musa Haji Aman telah berikrar bahawa kerajaan BN akan sentiasa menjaga keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  9. daripada sekadar memburuk2kan beliau di media, bukankah lebih baik jika pengadu buat laporan sprm atau polis jika benar John Teo terlibat dengan penyelewengan atau rasuah??

    ReplyDelete