KEBAKARAN dilaporkan berlaku
di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad `Bunga
Alpinia' di Labuan, Sabah awal pagi kelmarin.
Dalam satu kenyataan, MISC
berkata kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri
daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.
"Pada masa ini, 24
(anak kapal) telah selamat dibawa ke darat," katanya.
Kapal tersebut berada
bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku
kira-kira 2.30 pagi.
"Tiada butiran lanjut
mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.
MISC berkata semua pihak
berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama
untuk memberi bantuan yang sewajarnya.
Anggota Bomba dan Penyelamat
berada di tempat kejadian bagi memadam kebakaran. Kapal itu kelihatan senget
berikutan kebakaran serta letupan yang menggegarkan Labuan.
Anggota mencari dan
menyelamat turut bergegas ke tempat kejadian bagi mengesan mereka yang masih
hilang.
Sementara itu dalam satu
kenyataan, Petronas Chemicals Group Berhad berkata pihaknya telah mengambil
tindakan yang perlu bagi memastikan keselamatan semua kakitangan anak
syarikatnya Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, tempat berlakunya kebakaran.
Susulan insiden itu, operasi
Stesen Janakuasa Patau-Patau milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang
terletak bersebelahan terminal itu, dihentikan sementara atas faktor
keselamatan.
Pengarah Urusan SESB, Abdul
Razak Sallim berkata ini bagi membolehkan pihak Bomba dan Penyelamat mengambil
langkah pencegahan dan keselamatan.
Penyaluran gas daripada
Petronas Chemicals Methanol ke Stesen Patau-Patau juga terpaksa dihentikan
serta-merta sehingga keadaan kembali normal dan selamat, katanya dalam satu
kenyataan.
Menurut Abdul Razak,
penutupan sementara itu dijangka akan memberi impak kepada keupayaan SESB
menyalur bekalan elektrik kepada semua pengguna di pulau bebas cukai itu.
Katanya beberapa langkah
kecemasan bagi menampung masalah kekurangan kapasiti penjanaan elektrik
termasuk melaksanakan Pengurusan Beban Pengguna (DSM) akan dikuatkuasakan pada
waktu beban puncak.
Abdul Razak berkata catuan
bekalan elektrik hanya akan dilaksanakan secara berperingkat sekiranya
pelaksanaan DSM masih tidak dapat menampung permintaan dan stesen berkenaan
tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
Stesen Janakuasa Patau-Patau
itu mempunyai keupayaan janaan sebanyak 103.5MW dan merupakan satu-satunya
stesen janakuasa di Wilayah Persekutuan Labuan, katanya. (Bernama)
4 orang dilaporkan hilang dalam kebakaran trsebut.
ReplyDeleteApa sebenarnya punca kebakaran?
ReplyDeleteHow many people are working aboard during the fire? only 24 have been brought safely to shore.
ReplyDeleteHopefully the situation is now under control.
ReplyDeleteTakziah kepada mangsa yang terkorban.
ReplyDeletePerkara ini masih lagi menjadi persoalan punca perkara ini berlaku.
ReplyDeleteSemoga punca kebakaran dapat dikenal pasti dan dapat dielak pada kemudian hari.
DeleteKepada keluarga mangsa yang terkorban takziah diucapkan.
ReplyDelete