Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
SURUHANJAYA Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa 'tidak
selari' dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani kerajaan
Malaysia pada 1995, sejak lima tahun kebelakangan ini.
Isu itu dirumuskan selepas
suruhanjaya itu membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman
termasuk Sabah dan Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor
serta sekolah kebangsaan Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah
bermula tahun 2007.
Antara isu yang diterokai
berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang dan
pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad
pengenaan dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan persekolahan serta
kegagalan mendapat air bersih.
"Kanak-kanak perlu
diberi perlindungan, perkembangan, penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat
peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu mengambil kira perkara ini.
"Tidak (boleh) ada
diskriminasi, apa sahaja yang dibuat mestilah (mengambil kira) kepentingan
kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhuhungan Awan
Suhakam Hasmah Abd Manaf.
Turut hadir dalam sidang
media tersebut dua pesuruhjaya Suhakam Muhamad Sha'ani Abdullah dan James
Nagayam. (MKINI)
No comments:
Post a Comment