DATUK Seri Anwar Ibrahim
memutuskan untuk menarik balik saman fitnah terhadap bekas pembantunya Mohd
Saiful Bukhari Azlan kerana mahkamah telah membersihkan namanya dengan
membebaskan daripada tuduhan itu.
Pengurusan kes itu dibuat di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Su Geok Yiam hari ini.
Beliau menetapkan 8 Oktober
untuk mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan kos.
Peguam ketua pembangkang itu
Ranjit Singh berkata, anak guamnya menarik balik saman itu ekoran keputusan
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskannya pada 9 Januari.
"Reputasi anak guam
saya sudah dibersihkan," kata pengamal undang-undang itu.
Saiful diwakili oleh peguam
Zamri Idrus.
Zamri berkata, anak guamnya
akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas ini kerana baru
maklum perkara itu pagi ini.
No comments:
Post a Comment