Saturday, 22 September 2012

APMM TUMPAS CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK





RAMPAS....Minyak masak yang dirampas pasukan APMM.

Oleh : YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan cubaan seludup minyak masak sebanyak 73,100 kilogram yang menggunakan feri penumpang untuk negara jiran.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Sandakan, Kapten A Razak Abdul Rahman berkata sebuah bot laju APMM telah melaksanakan Ops Magindora di sekitar Perairan Sandakan kiras-kira jam 9.30 malam pada Selasa lepas.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah feri penumpang yang bernama MV Danica Joy 2.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas feri penumpang terbabit mendapati ia cuba menyeludup keluar minyak masak.

Pihaknya telah menjumpai minyak masak berjenama Burung Puyuh sebanyak 68,000 kilogram di dalam kotak dan 5,100 kilogram di dalam 300 tong plastik berwarna kuning yang mana bertutup warna merah dan diletakkan di dalam sembilan buah kontena.

Razak memberitahu kapal feri berkenaan kemudiannya telah ditahan untuk siasatan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kapal feri itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 serta peraturan-peraturan di bawah akta yang dinyatakan. (UB)

No comments:

Post a Comment