Saturday 29 September 2012

BAJET 2013 PINGGIR RAKYAT SABAH, SARAWAK?





Oleh : MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan kelmarin.

Bajet 2013 bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang kelmarin.

Lajim yang ditemui sejurus selepas perbelanjaan bajet tersebut memberitahu tiada peruntukan khusus diberikan kepada Sabah mahupun Sarawak.

"Tumpuan kepada Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan, tidak ada langsung disebutkan melainkan hanya mewujudkan jelapang padi di Kota Belud dan Batang Lupar sedangkan kita tahu Sabah merupakan 'Fixed Deposit' kepada Barisan Nasional, tiada satu pun projek yang dikhususkan khas untuk rakyat Sabah," jelasnya.

Beliau turut menyatakan bajet kali ini juga tidak menunjukkan satu penyelesaian yang kuat akan dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2013.

"Ia seperti bantuan di kalangan belia yang belum berkahwin diberi RM250. Apakah itu satu penyelesaian jangka panjang, apa yang disediakan itu hanya untuk jangka pendek sahaja?

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan perlu meletak penyelesaian untuk tempoh jangka panjang supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan muda lebih terjamin masa depan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yakin bajet yang dibentangkan kali ini merupakan satu bajet politik untuk Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum.

Bajet 2013 diperuntukan sejumlah RM251.6 bilion dengan meletakkan RM201.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Pakatan Rakyat sebelum ini membentangkan belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah meletakkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM233 bilion. (Harakahdaily)

37 comments:

  1. Jangan pandang politik saja. Tahukah Lajim bahawa Belanjawan kali ini membuatkan Sabah dapat berdiri sendiri dalam pengeluaran beras berikutan rangsangan dalam pembiayaan RM5.8bil untuk sektor pertanian dalam Bajet 2013.

    ReplyDelete
  2. Sabah ketinggalan dari segi menjana bekalan berasnya sendiri, & 70% keperluan beras Sabah terpaksa diimport.

    sesetengah negeri di sememnanjung menghasilkan 80% beras untuk kegunaan domestik mereka...

    ReplyDelete
  3. Menteri Pertanian & industri makanan Sabah, Yahya Hussin berkata rancangan untuk menjadikan Kota Belud sebagai salah satu daripada pusat penanaman padi di Malaysia akan menyediakan peluang pekerjaan and peluang ekonomi di daerah tersebut..

    ReplyDelete
  4. Terdapat juga peruntukan sebanyak RM140 juta di dalam Bajet 2013 untuk pembinaan empat Jelapang padi dan pembesaran Jelapang padi yang sedi ada di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin and Pekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan ini harus diuruskan dengan baik untuk menjayakan projek tersebut.

      Delete
  5. Timbalan menteri pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan harga di semenanjung kerana kerajaan akan menyediakan RM386juta untuk subsidi kos pengangkutan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. subsidi harus dikurangkan. Ini akan membebankan sahaja.

      Delete
  6. Second Finance Minister and Minister of Local Government and Community Development Dato Sri Wong Soon Koh praised the Budget 2013 tabled in Parliament by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak as people-friendly and focussed on improving the quality of life.

    ReplyDelete
  7. He said the Budget entitled ‘Prospering the Nation; Enhancing Well-being of the People: A Promise Fulfilled’ ensured sustainable economic growth, prudent spending and fiscal deficit reduction to prioritise the well-being of the people.

    ReplyDelete
  8. Sarawak Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sees Budget 2013 as “balanced” and a “great attempt” by the BN government to start tackling problems faced by all communities as the nation marched towards its high-income dream.

    ReplyDelete
  9. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman is expected to announce a bonus for the State's civil servants when he tables the 2013 Sabah Budget, mid next month.

    ReplyDelete
  10. Musa described the national budget as proof that the Federal Government cared for the welfare of its people, especially in relation to the RM386 million allocation to standardise the price of goods in Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  11. Datuk Lajim saja memainkan isu ini sebenarnya. yang pasti dulu Datuk Lajim memuji apa saja Kerajaan katakan tapi bila keluar saja mula membantah semua yang baik untuk rakyat dan menjadikan jahat bagi dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang Lajim dalam pembangkang, jadi apa saja yang kerajaan buat dia pasti akan kritik.

      Delete
  12. Government officials described the much awaited Budget as “mildly expansionary but fiscally responsible”.

    ReplyDelete
  13. it is a continuation of initiatives and policies that the prime minister had introduced since he took office three years ago to improve the quality of life of Malaysians.

    ReplyDelete
  14. Malaysia’s economy is expected to grow between 4.5 and 5.5 per cent next year, according to government officials, against 4.5 to five per cent this year.

    ReplyDelete
  15. Higher government revenue will help spur more spending on addressing the needs of the people. These include improved public transport, public safety, educational and training facilities, and better business and investment opportunities.

    ReplyDelete
  16. Malaysia remains the global leader in the sukuk market, accounting for some 70 per cent of the total global sukuk outstanding as of middle of this year.

    ReplyDelete
  17. Perkembangan kawasan luar bandar juga penting.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan harus mengurangkan durian runtuh. Ini cuma membawa negara ke arah muflis.

    ReplyDelete
  19. On the introduction of the goods and services tax (GST), the official said the Budget was unlikely to give a timetable but might indicate some initiatives to rejig the tax structure.

    ReplyDelete
  20. lain orang lain pandangannya pasal bajet ini.

    ReplyDelete
  21. tapi kebanyakan rakyat gembira dengan bajet yang dibentangkan.

    ReplyDelete
  22. Dulu Lajim pernah cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah Terus dipinggirkan pula. beginilah orang tak berpendirian.

    ReplyDelete
  23. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.

    ReplyDelete
  24. Bagaimana dengan insentif cukai dan bukan cukai untuk minyak dan gas di Sipitang, pemasangan CCTV untuk PBT di Sabah, pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC), 40 ribu tangki air, pengangkutan bas berkualiti, program penyeragaman harga dan sebagainya? bukankah Sabah mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  25. Berkenaan dengan bantuan RM250 kepada belia bujang pula, Memang betullah bantuan itu bukan bersifat jangka masa panjang. namun p, dalam pembentangan bajet 2013 ini juga turut memberi penekanan kepada masa depan belia muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti Graduate Employability Blueprint, Program Skim Latihan 1Malaysia, peruntukan RM738 juta ringgit bagi pembangunan belia dan sukan, program Y-Creative, penubuhan New Entrepreneur Foundation, Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U dan Pakej Komunikasi Belia. semua ini untuk masa depan belia muda.

      Delete
  26. PM melalui bajet 2013 bersedia ke arah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti meringankan kos kehidupan, memperbaiki penjagaan kesihatan, memajukan modal insan dan mengembangkan infrastruktur asas di kawasan-kawasan kurang membangun, terutamanya di Sabah dan Sarawak. seiring dengan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  27. Belanjawan 2013 bermakna kesinambungan dasar perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini, terutamanya dalam sektor-sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  28. Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan

    ReplyDelete
  29. Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0% pada 2013 daripada 4.5% pada 2012 dan 3.0% menjelang 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan mengurangkan defisit tidak akan menjadi masalah selagi ekonomi tempatan berkembang maju dan kekal berdaya tahan terhadap sebarang situasi tidak menentu persekitaran luaran.

      Delete
  30. Investment advisory firm Wells Capital Management has described the Malaysian Budget 2013 presented by Prime Minister Datuk Seri Najib last Friday as well structured, pragmatic and sensible. Its Managing Director and Senior Portfolio Manager Anthony Cragg said: "In general, as you know the government is doing a lot to help the lower end consumers. Even for the young people there is a subsidy to buy smart phones. It is all quite good, including the my first home project, where you can get 100 per cent finance if you earn below a certain level. There is a lot of incentives such as low-cost housing, tax breaks, civil servants and the military got a bonus. So I think consumers are still looking good in Malaysia.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Cragg said people often expect a lot of pump priming and a lot of goodies given away before an election.m There is a little bit of that (goodies), but in general it is quite a pragmatic and sensible budget. He said he had heard rumours that the rating agencies had wanted to see some improvement on the budget position and fiscal position. So the budget deficit, the government forecast to reduce to four and a half per cent this year and four per cent next year. They capped Federal debt at 55 per cent of GDP, these are all good sensible measures. I think the government is spending but it is not over spending. It is a good balance definitely and people are quite encouraged by that.

      Delete