Wednesday 26 September 2012

BAJET PAKATAN TIDAK REALISTIK





Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.

“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?

“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.

Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.

“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.

“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.

“Semua dia nak, perdana menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang dibangunkan akan terbengkalai.

Pengerusi Skim Permodalan Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat

“Proses yang dilaksanakan kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.

“Ia juga dapat mengelakkan monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Dalam pembentangan bajet mereka hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.

Ketua Pembangkang itu  berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.

Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.

Perdana Menteri juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan pada Jumaat ini yang berkemungkinan untuk menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.

Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah bertarung dengan kenaikan harga barang.

Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan yang drastik.

Najib perlu melaksanakan pilihan raya ke-13 hingga April tahun depan namun telah pun mengumumkan beberapa siri pemberian tunai, termasuk RM2.6 bilion tunai kepada keluarga berpendapatan rendah. (TMI)

25 comments:

  1. Maklumlah Anwar sudah lama mengidamkan kerusi PM. beliau akan buat apa saja untuk memenuhi hasratnya termasuk meminta bantuan dari pihak luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itu sikap anwar...

      Delete
    2. Perhaps his next target is George Soros?

      Delete
  2. PR only knows to make rhetoric promises instead fulfilling them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang janji dorang tu tak tercapai oleh akal manusia:P

      Delete
    2. Pakatan is merely giving rhetoric promises.

      Delete
  3. bajet PR bolehlah dilaksanakan di negeri2 pembangkang sebagai eksperimen...

    ReplyDelete
  4. Pandai-pandailah rakyat menilai senario ini secara matang. Jnagan mudah terpedaya sudahlah:P

    ReplyDelete
  5. Memang PR tidak tahu dan pasti adakah bajet mereka ini benar-benar untuk rakyat atau kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  6. tidak perlulah kita terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh PR kepada kita. Semua itu cuma untuk menarik undi daripada rakyat.

    ReplyDelete
  7. Pakatan's budget is not the right budget.

    ReplyDelete
  8. Najib is a friendly person and I'm sure his budget is people friendly type.

    ReplyDelete
  9. pakatan mmg suka buat bajet main rambang saja. jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  10. kena bijak menilai bajet dari pembangkang.

    ReplyDelete
  11. It's not a simple matter. Preparing a budget is not a matter of juggling revenue and expenditure alone. The proposal to reduce excise taxes and tolls will affect government revenue, while new allocations will widen the net deficit..

    ReplyDelete
  12. the Pakatan budget proposal contained a smaller expenditure, which would impact economic growth at a time when aggregate demand had to be sustained because of the external economic environment.

    ReplyDelete
  13. What the government has done so far to strengthen the domestic economy through consumption and public investment is a step in in the right direction.

    The government may also need to facilitate more private investments through public-private partnerships so as to mobilise domestic private sector savings, hence, reducing the need for additional borrowing..

    ReplyDelete
  14. Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

    Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  15. Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

    ReplyDelete
  16. Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

    ReplyDelete
  17. Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

    ReplyDelete
  18. Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

    Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

    Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

    ReplyDelete
  19. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

    Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

    ReplyDelete
  20. Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

    Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

    ReplyDelete