WAWANCARA......Asbal (bersongkok) sedang menjelaskan Skandal Sarang Burung Gua Gomantong kepada Krew Sabahkini.net di sebuah hotel di Sandakan.
Oleh : SHAIMON JUMADI
PARA pewaris dan penender sarang burung Gua Gomantong Sandakan merayu Perdana Menteri Malaysia, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar dapat mengarahkan
Ketua Pesuruhjaya SPRM menjalankan siasatan segera dan menghadapkan mereka yang
terlibat dengan Skandal Sarang Burung berkenaan kemuka pengadilan.
Salah seorang penender, Asbal @ Asman Shah Bin Asik yang mewakili Warisan
5G 5K Gua Gumantong (1882) Sdn. Bhd. (952200-K) berkata beliau amat kecewa
kerana sehingga hari ini (23 September 2012), belum mendapat sebarang keputusan
muktamad daripada Kerajaan Negeri Sabah berhubung tender sarang burung Gua
Gomantong tahun 2012.
"Kami telah membuat laporan di Pejabat SPRM Sandakan
sejak April 2012, tetapi tidak ada sebarang penyiasatan dilakukan," ujar Asbal yang menemui Krew Sabahkini.net yang sedang menjalankan operasi khas baru-baru ini.
Kata Asbal, mereka kesal kerana kesemua penender asal masih dibenarkan meneruskan tender berkenaan sedangkan penender baru kerugian ratusan juta ringgit sejak Kerajaan Negeri tidak
mengumumkan keputusan tender berkenaan.
"Anehnya, kesemua kontraktor
asal adalah 'BANKRAP' dan tidak layak meneruskan tender berkenaan terutama
Ketua Pemuda UMNO Sabah, Haji Awang Kadin Tang setelah syarikatnya masih
berhutang sejumlah RM7 juta dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah," kata Asbal yang meminta penjelasan segera berhubung isu hutang berkenaan.
Kata Asbal, kesemua pewaris dan penender amat terkilan kerana
Kementerian Kewangan tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan kontrak
memungut sarang burung di Gua Gomantong bagi Lot 1, Lot 3, Lot 5 dan Lot 7 sedangkan Awang
Kadin belum menjelaskan hutangnya sehingga ke hari ini; sebaliknya dibenarkan
menambah hutang.
Persoalannya, kata Asbal, bagaimana
Jabatan Hidupan Liar boleh membenarkan Awang Kadin berhutang sedangkan semua
sarang burung yang dipungut dijual secara tunai?
Dalam hal ini kata Asbal, Pengarah Jabatan Hidupan Liar
telah menyalahi Akta Acara Kewangan dan boleh diambil tindakan surcaj kerana
gagal memungut HUTANG atau lebih tepat wang pewaris yang DIROMPAK Awang Kadin
selama ini.
Begitu juga dengan Lot 2 dan
Lot 4, kata Asbal, pihaknya mengesan kontraktor berhutang Iebih kurang RM5 Juta tetapi Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan masih membenarkan kontraktor ini meneruskan perkhidmatan
memungut sarang burung.
"Saya mengetuai Empat Kumpulan Pewaris telah mendapat keputusan Mahkamah
Syariah berhubung hak warisan dan menyertai kesemua tender yang dipelawa
Jabatan Hidupan Liar atas nama Warisan 5G 5K Gua Gumantong (1882) Sdn. Bhd, tetapi hampa hanya dapat masuk tender dan dipilih, tetapi tidak dapat masuk gua," kata Asbal yang kesal kerana Jabatan Hidupan Liar masih mengamalkan hukum rimba.
Sebagai Anak Negeri Sabah
yang teraniaya dan haknya telah dinafikan oleh Jabatan Hidupan Liar;
kata Asbal, sekalipun Perdana Menteri tidak mempunyai jurisdiksi ke atas Kerajaan Negeri;
namun beliau pohon ehsan dan kerjasama Najib agar mengarahkan SPRM
menjalankan siasatan rapi.
"Kita percaya terdapat penyelewengan peringkat tertinggi
dalam sistem tender Kerajaan Negeri Sabah; terutama 'Imuniti' yang dimiliki
oleh Awang Kadin Tang," kata Asbal yang tidak menolak kemungkinan terdapat 'Cartel' yang melindungi Awang Kadin selama ini.
Tegas Asbal, jika tiada tindakan diambil
terhadap 'Penjenayah Kolar Putih' seperti Awang Kadin yang melunturkan kepercayaan para pengundi, maka
seluruh masyarakat Pewaris Gua Gomantong tidak lagi akan memberi kepercayaan
kepada Kerajaan Barisan Nasional.
"Selama ini Kerajaan BN Sabah sinonim sebagai perampas tanah dan hak mutlak
kami sebagai pewaris sarang burung Gua Gomantong," kata Asbal yang membayangkan akan mendedahkan segala
maklumat dalam masa terdekat untuk paparan umum bagi membuktikan bahawa Ketua
Pemuda UMNO Sabah adalah penjenayah besar yang dilindungi UMNO selama ini.
Harap perkara ini dapat perhatian sewajarnya dan lakukanlah siasatan segera.
ReplyDeleteSiasatan yang wajar harus diambil.
DeleteNamun pastikan sebelum siasatan dibuat janganlah kita terus membuat kesimpulan pula.
ReplyDeleteya, kita tidak perlu buat kesimpulan sendiri selagi tidak tahu kebenarannya.
DeletePewaris ada hak untuk bersuara jika hak mereka dirampas oleh orang lain.
ReplyDeleteharap langkah yang sewajarnya akan dibuat berhubng dengan isu ini.
DeleteJangan kerana kesilapan orang seperti ini Kerajaan BN di persalahkan. Maka sudah sampai masanya perkara ini ditangani.
ReplyDeletePewaris Gua Gomantong ada meminta kerajaan negeri supaya menghapuskan sistem tender pengutipan sarang burung di gua itu bagi mengembalikan semula hak warisan milik kaum bumiputera tempatan.
ReplyDeleteKerajaan harus mengkaji dan mengambil kangkah yang bijak agar tidak merisikokan mana-mana pihak.
Deletesoal tender ini patut diselesaikan dengan baik agar tiada pihak yang tidak berpuas hati. kalau dihapuskan pula sistem tender ni saya pasti masalah akan semakin bertambah.
ReplyDeleteCarry out an investigation then only we can know the truth.
ReplyDeletesiasat dan pastikan jika benar, dia dikenakan tindakan.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui sama ada ianya benar atau tidak.
ReplyDeletePerlu membuat siasatan terperinci.
ReplyDeleteSebagai Anak Negeri Sabah yang teraniaya dan haknya telah dinafikan oleh Jabatan Hidupan Liar; kata Asbal, sekalipun Perdana Menteri tidak mempunyai jurisdiksi ke atas Kerajaan Negeri; namun beliau pohon ehsan dan kerjasama Najib agar mengarahkan SPRM menjalankan siasatan rapi.
ReplyDeleteJika benar, siasatan harus dilaksanakan.
Harus mencari bukti yang kukuh untuk membawa golongan yang terlibat ke mahkamah.
ReplyDeletePasti ada pihak salah gunakan kuasa.
ReplyDeleteTindakan harus dikenakan terhadap mereka yang salah dari sisi undang-undang.
ReplyDeletememandangkan kes ini telah dilaporkan kepada sprm, kenapa tidak follow up saja dengan sprm?
ReplyDeletesepatutnya pengadu bertanya kepada pihak sprm kenapa siasatan belum dijalankan.. minta penjelasan dahulu sebelum membuat spekulasi negatif berkenaan dengan badan pencegah rasuah ini..
ReplyDeleteada kemungkinan juga kes ini sedang disiasat? atau ada kemungkin juga bahan bukti masih tidak mencukupi untuk membawa tertuduh kemuka pengadilan..
ReplyDelete