REBUT.....Yuna
akan merebut gelaran juara untuk ‘Best Asian Act’ di MTV European Music Aawards
2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Yunalis
Zarai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, yang popular dengan lagu 'Terukir
Di Bintang' sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dicalonkan dalam MTV
European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.
Anak kelahiran Alor Setar,
Kedah ini sebelum ini turut dicalonkan dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice
Awards.
Yuna akan merebut gelaran
juara untuk 'Best Asian Act' di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang
cukup popular seperti Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai.
Pemenang kategori 'Best
Asian Act' ini akan mewakili Asia dalam voting 'Best Act' di seluruh dunia.
Undian yang hanya boleh
dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov
nanti.
Yuna sekarang ini turut
aktif di Amerika Syarikat dan dijemput untuk membuat persembahan dalam
rancangan-rancangan ternama.
Yuna turut merakamkan semula
lagu kumpulan popular Nirvana yang bertajuk “Come As You Are”.
How cool is that? All the best Yuna
ReplyDeleteMemang Yuna tetap yang terhebat sebagai artis Malaysia yang terkenal diluar negara.
ReplyDeleteArtis negara kita juga mampu berada di pentas antarabangsa. Semoga Yuna dapat merebut gelaran tersebut.
ReplyDeletemoga Yuna berjaya.
ReplyDeletesyabas kepada Yuna.. teruskan usaha menghasilkan hasil seni yang kreatif dan berkualiti..
ReplyDelete