Oleh : AIDILA RAZAK
SELEPAS 15 jam dalam tahanan
polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar Perdana Menteri memohon maaf
secara terbuka.
Bercakap dalam sidang media
di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung
tidak berniat untuk menghasut.
Bercakap kepada pemberita
dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau
menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut
dengan peserta lain yang bertindak demikian.
"Dia (Ong) memohon maaf
dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata Peguam
Eric Tan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment