Wednesday, 12 September 2012

GALAS KOMITMEN SEJAHTERAKAN RAKYAT



CENDERAHATI......Azizah menyampaikan cenderahati kepada Isnin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

“MERAH berani, putih murni suci perjuangan tetap digenggam kuat, nama undur sama sekali tidak. Itu semangat serikandi bangsa! Di hari-hari mendatang liku-liku perjuangan akan tambah mencabar, oleh itu wahai serikandi bangsa siap sedialah dengan lidah yang petah berkata-kata menerangkan perjuangan membela rakyat, menangkis tohmah, fitnah cerita khayalan pembangkang durjana.”

Demikianlah antara kata-kata semangat Exco Pergerakan Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun yang ditiupkan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di Dewan Baru, Beaufort baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim.

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh; Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Kimjus Duim; Wakil Perhubungan Wanita Umno Negeri yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Papar, Datin Dayang Ainun Pg Bagul; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Ishak Ibrahim; Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort, Saridah Mohd Dun dan pemimpin parti komponen BN Beaufort.

Azizah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort itu berkata perjuangan Umno membela rakyat, jelas dan nyata dan sudah terbukti sejak sekian lama. Buktinya ada di mana-mana, di bandar, di desa, di pedalaman, di laut tidak siapa dapat menafikannya.

“Hanya mereka yang buta hati sanggup menidakkannya, bukan kerana tiada tetapi kerana tidak mahu menerima kenyataan sebab yang buta pun dapat merasa beza naik feri dengan berjalan diatas jambatan, beza naik kereta di jalan gravel dengan jalan bertar; beza dapat hadir ke sekolah dari duduk di rumah sahaja, beza menerima bantuan bulanan dari langsung tiada apa-apa.

“Gembiralah kamu para serikandi kerana melalui perjuangan kamu semua maka parti kita dan kerajaan yang kita dokong dapat memberikan semua ini dan banyak lagi untuk rakyat di seluruh negara termasuk rakyat di daerah Beaufort dan Kuala Penyu,” katanya yang disambut dengan tepuk sorak perwakilan.

Beliau menegaskan pejuangan mempertahnkan Umno dan BN bukan membabi buta tetapi kerana kebolehannya, kerana jasanya telah terbukti malah terus ditambahbaik melalui pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang kita dokong.

“Mereka yang hari ini memburuk-burukkan Umno/BN lupa mereka menikmati hasil program NKRA yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang dterajui Umno.

“Melayu mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir. Sesungguhnya ramai orang mudah lupa. Lihat sajalah mereka yang hari ini memfitnah BN di Beaufort ini mereka cukup-cukup menikmati pemberian dari BN tapi mereka kata UMNO/BN tidak baik dan memuji-muja parti yang belum ada jasa, baik kepada mereka maupun rakyat.

"Jelas mereka ini termasuk dalam golongan yang mudah lupa. Jadi wahai serikandi mari kita ingatkan mereka, satu persatu disamping kita menjelaskan cerita dongeng dan fitnah mereka, kepada rakyat yang sebenarnya bijak membuat penilaian,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu seterusnya mengingatkan semua perwakilan dan ahli Wanita menggalas tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat dengan penuh komitmen.

“Rakyat di Bahagian Beaufort ini memerlukan kita dan menuntut kita untuk terus menggalas tanggungjawab demi kesejahteraan mereka yang masih memerlukan pembelaan kerana pemimpin yang diharap untuk membela nasib mereka gagal melakukannya.

“Sebelum ini terlalu banyak tumpuan kepada agenda sendiri manakala rakyat dijadikan alat untuk mengukuhkan agenda peribadi. Kesian rakyat.., huluran untuk meraih populariti disangka 'generousity' (baik hati) rupanya sekadar umpan supaya terus dipuja dan dipuji tapi sayang masaalah rakyat tetap tidak selesai jua,” katanya.

Sehubungan itu katanya rakyat mesti menolak sebarang gerakan yang mempunyai agenda peribadi.

“Kita tahu bahawa agenda mereka adalah agenda peribadi manakala perjuangan Umno/BN adalah agenda berpaksikan Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan; yang jelas dilihat melalui dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan kita dengan mengambilkira aspirasi dan keperluan semua golongan rakyat di negara yang tercinta ini.

“Kerajaan BN bangunkan hutan untuk berikan tempat kepada rakyat, bantu rakyat bukan ambil hak rakyat. Tanah yang terbiar dibuka bagi memberikan hasil kepada rakyat, yang tiada rumah dibinakan rumah; yang rumahnya uzur dibantu dibaiki, yang minat berniaga dibantu untuk mulakan niaga melalui pelbagai program antaranya program 1Azam.

"Malah premis perniagaan seperti gerai turut disediakan, yang rajin bercucuk tanam ada bantuan, yang suka berternak juga dibantu, yang langsung tidak boleh berusaha kerana tua atau kurang upaya tidak dilupakan. Adakah kerajaan kita menganiaya rakyat? Jawapannya tentu ‘tidak’,” katanya sambil menambah pegawai kerajaan maupun pekerja swasta/sendiri juga mendapat merasai nikmat bantuan kerajaan melalui pelbagai program.

Dalam pada itu Azizah yang pernah memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Beaufort itu turut mengingatkan bahawa perjuangan memerlukan ketaat setiaan dan pengorbanan.

“Dalam perjuangan ini yang paling utama ialah ketaatsetiaan kepada parti. Tanggungjawab ini hendaklah dipandang serius, satu komitmen bagi setiap seorang daripada kita. Tanggungjawab ini memerlukan ketaatsetiaan dan juga pengorbanan.

“Perjuangan tanpa pengorbanan sama seperti lagu tanpa irama, bagaikan manusia tanpa jiwa. Memang selama ini pun ramai di kalangan kita yang ada dalam dewan ini telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk parti. Terima kasih kepada semua serikandi parti, saya bangga dengan pengorbanan saudari. Namun Kita masih ada misi besar, iaitu, mempertahankan Parlimen Beaufort, Dun Klias dan Kuala Penyu dengan majoriti yang besar,” katanya.

Dalam apa keadaan sekali pun katanya, wanita mestilah bersatu dan bekerjasama dengan pemimpin parti komponen BN bagi memastikan kejayaan dalam PRU- 13 akan datang.

“Mari kita eratkan perpaduan dan kerjasama diantara kita. Mari kita pintal jalinan mesra diantara kita dengan sahabat kita dari parti-parti komponen BN. Marilah kita jelajahi setiap kampung dalam kawasan parlimen Beaufort ini.

“Kita temui seramai mungkin pengundi tanpa mengira suku kaum atau agama. Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk tapi Mari kita beritahu pengundi bahawa parti kita juara rakyat.

"Kerajaan kita, di peringkat negeri yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan kita Datuk Seri Panglima Musa Aman, dan di peringkat persekutuan yang diketuai oleh Presiden kita YAB Dato’ Sri Najib Razak, adalah kerajaan pembela rakyat, kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Maka parti kita adalah pilihan yang tepat untuk diundi dalam PRU 13,” katanya.

Sebelum bersurai, majlis hari itu diakhiri dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian.

No comments:

Post a Comment