Saturday, 15 September 2012

HINA SUMAZAU : APA NIAT SEBALIKNYA?




Saudara Pengarang,

SEKALI lagi saya jelaskan agar bila membaca sesuatu NOTA jangan terus melenting dan kita ada akal dan otak, lalu gunakan otak dan akal itu dengan sebaik mungkin.

Saya selalu membaca dan kemudian menilai dari berbagai sudut dan kemudian baru saya ambil tindakan dan setelah saya ambil tindakan untuk menulis atau membahas, maka apa saja yang saya katakan itu tanggungjawab saya dan bukan tanggungjawab parti atau orang lain.

Tulisan kononnya menghina SUMZAU itu perlu kita fikirkan lagi secara matang dan bijak dan ada beberapa hal yang tersirat tidak kita dalami.

Tulisan itu jelas menghina tarian sumazau dan siapa yang menarikannya dikatakan rendah akhlak. Lalu, apakah Najib yang ikut sama Anwar menari rendah akhlak? Bukankah tulisan itu sendiri menghina kedua pemimpin dan logikkah penulisnya dari BN atau PAKATAN? Simpan dulu jawaban dan fikir saja dulu!

Selalunya dikaitkan juga Anti Parti Malaya dan orang Malaya dan bukankah PAKATAN dan BN itu yang parti di dalamnya dari Malaya? Sekali lagi saya tanya, logikkah orang PAKATAN dan BN mengatakan demikian? Sedang kalau “Ya” makna menghina diri mereka sendiri kerana keduanya memerlukan undi orang Sabah.

Seterusnya siapa sahaja yang selalu memainkan ISU benci Malaya dan benci parti Malaya? Alasan di atas sudah terjawab tentunya bukan BN dan bukan Pakatan. Lalu, siapa? Jangan jawab, simpan dulu!

Sebenarnya penulis menggunakan SUMAZAU hanya sebagai bantu loncatan untuk tanamkan sikap benci orang Sabah terhadap parti Malaya dan bila dihina SUMAZAU, tentunya yang marah siapa? Fikir sendiri dan bila yang dimaksudkan “Siapa” itu marah, maka tentu tidak mengundi parti Malaya dan siapa yang untung? Kena fikir lagi untuk ke jawabannya!

“Pukul anak sindir menentu”  dan inilah sebuah permainan teater yang bijak tetapi sebaliknya dan bila pemikiran jadi kacau, kita lihatlah suasananya “Dia juga memekak dan dia juga bertelor” dan jelas PROVOKASInya menjadi tetapi itu menjerat dan menikam diri sendiri dengan   pisau belati ke dada diri.

Rakyat sekarang tahu, tulisan semacam itu ditulis oleh seorang sahaja dan makna bukan suara parti dan orang bijak akan tahu menilai perkara ini dengan jelas. Nah, inilah permainan orang yang pintar tetapi bebal.

Soal blog palsu atau bukan, itu bukan urusan kita untuk menilai dan itu kena serahkan yang pakar kerana sekarang ini banyak sangat blog yang menyamar, sedang Face book sekarang ini ramai kalangan kita tidak guna gambar sendiri dan namanya juga yang tidak pernah saya dengar. B
Bagi saya orang begini hanya berani berselindung, tetapi kala berdepan dia jadi PENGECUT dan samalah seperti “lontar batu sembunyi tangan”

Kalau masih tidak faham, maka entahlah susah saya mahu jelaskan dan sebaiknya bagus maka tauhu dan tempe,  lalu tidur itu rasanya lebih enak.

Salam Hormat,


ISMAILY BUNGSU

(NOTA : Penulis duduk di kerusi Pengarah Kebudayaan Sabah selama 30 tahun dan tahu sedikit sebanyak soal Kebudayaan Sabah, tetapi beliau tidak berminat bercakap soal itu sebab tulisan berkenaan sudah jelas motifnya).

13 comments:

  1. Blog Pakatan Rakyat yang menyokong PR ini sememangnya sudah adalah ahli PR. Sebab utama kenapa perkara ini berlaku adalah kerana tarian ini ditarikan oleh Datuk Najib. Maka ini sudah ada sedikit sebab politik dan bukanyan antara orang Sabah dan Malaya.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ini pun ramai juga yang menari tarian ini tapi tidak ada pula dihina. Tapi bila Datuk Najib yang menarikannya mula pula ada pihak pembangkang yang tampil dengan penghinaan.

    ReplyDelete
  3. makin byk penghinaan kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata-kata diluar kawalan tidak perlulah simpan dalam hati.

      Delete
  4. jglah menghina orng lain, saling hormatlah menghormati.

    ReplyDelete
  5. Keunikan budaya harus dihormati.

    ReplyDelete
  6. Semua pihak harus berhati-hati dengan kata-kata masing-masing.

    ReplyDelete
  7. Harus juga beliau meminta maaf atas kata-kata menghina tersebut.

    ReplyDelete
  8. Isu ini sengaja dipolitikkan.

    ReplyDelete
  9. KDM juga yang jadi sasaran. Penulis blog itu seorang yang pengecut. Tidak puas hati, datang sini la.

    ReplyDelete
  10. panjang sangat penjelasannya.. tapi masih tidak cukup jelas..

    ReplyDelete
  11. untuk lebih mudah difahami, Blog itu adalah milik penyokong Pakatan.. buktinya artikel2 lama beliau semua sangat kritikal terhadap kerajaan terutamaanya Najib.. malah link2 di sebelah tepi blog juga semua dari media pakatan.. bukankah ini sudah jelas bahawa blogger ini dipihak Pakatan?

    ReplyDelete
  12. siapa tidak kenal dengan penyokong2 Pakatan yang suka menggunakan cara ganas mengikut emosi dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan?? ancaman bunuh, tunjuk punggung, inikan pula hina budaya?? lagi la mudah bagi mereka..

    ReplyDelete