SELEPAS beberapa hari
semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke
seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan
dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah
iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.
Gambar mengerikan mangsa kem
tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.
Namun, gambaran mengerikan
itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan
menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan
banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri
mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi
di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu,
Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi
orang gemuk di Buchenwald!"
Reaksi paling keras datang
dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan
di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan
mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon
Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap
komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia
mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
No comments:
Post a Comment