Oleh : LESAYA LOG SORUDIM
AHLI Parlimen Tuaran, Datuk
Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing merayu pihak berkuasa, khususnya Polis
untuk bekerja sama dengan mana-mana badan membuat siasatan terperinci mengenai
artikel oleh seorang penulis blog yang didakwa sebagai telah memperkecil-kecil,
malah telah menghina bukan sahaja tarian Sumazau; tetapi juga suku kaum
KadazandusunMurut.
Bumburing berkata beliau telah
melihat artikel tersebut dan sememangnya terdapat unsur-unsur yang menghina banga
KDM.
"Saya meminta pihak
polis untuk membuat siasatan terperinci berdasarkan kepada mana-mana
undang-undang yang berkaitan agar orang yang bertanggungjawab dapat di ambil
tindakan yang sewajarnya," kata Bumburing yang turut menyarankan agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke
atas penguatkuasaan media massa elektronik agar memperkasakan pemantauan dan
pengawalan sebarang terbitan media melalui internet; bagi memastikan sebarang
bentuk penulisan tidak melanggar mana-mana undang yang sedia ada.
Bumburing turut menggesa agar
pihak tertentu yang berkepentingan, terutama parti-parti politik supaya
menghindari taktik kotor dalam usaha menjatuhkan pengaruh politik pihak lawan;
apatah lagi mencetus suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat Majmuk
Malaysia.
"Walaupun blog yang memuatkan
artikel kontroversi itu menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat', ini tidak bermakna
bahawa sokongan masyarakat KDM kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat akan
terjejas. Jika benar blog ini milik Pakatan Rakyat, saya yakin pihak berkuasa
akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang gaya penulisan seperti ini agar
tidak berulang," kata Bumburing yang kesal dengan pihak yang memanipulasi
isu berkenaan bagi menangguk pengaruh politik.
Memang itulah yang terbaik sekarang ini membuat siasatan mengenai perkara ini. Kita tidak boleh membiarkan orang yang menghina budaya orang lain begitu saja.
ReplyDeleteBlog Pakatan rakyat ini memang sudah keterlaluan cuba menghina tarian sumazau dan pada masa sama terhinalah KDM Sabah ini. Memang tidak patut pemilik blog tersebut memburukan kerana kepentingan diri sendiri.
ReplyDeletemakin byk penghinaan kepada Sabah. kini tarian masyarakt KDM pula dihina.
ReplyDeletemereka yang lakukan penghinaan harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteHarus jugs meminta maaf atas membuat hinaan kepada tarian sumazau.
ReplyDeleteAda pihak sengaja nak jadi famous.
ReplyDeleteThey are free to give comment, but comment that intentionally insulting should avoid.
ReplyDeleteJika tindakan tidak diambil, hinaan seperti ini akan berterusan.
ReplyDeleteHarus menghormati satu sama lain, cuma ini perpaduan dapat dieratkan.
ReplyDeleteTindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang suka mainkan sentimen kaum dan agama. Mereka tidak akan takut jika pihak berkuasa tidak serius menangani masalah ini.
ReplyDeletepura2 lagi si Bumburing kunun hindari taktik kotor.. bukan taktik Pakatan ka tu?? akur saja la parti yang dia sokong sekarang sebenarnya anti sabahan..
ReplyDeletememang penyokong2 Pakatan di semenanjung anti sabahan sebab Sabahan tidak pernah memberikan parti itu peluang untuk memerintah sabah..
ReplyDeletetidak perlulah Bumburing cuba melindungi parti yang menggalakkan provokasi kaum ini.. dan tidak perlu Bumburing menuduh BN mendalangi penghinaan ini.. bukankah peimpin pakatan juga yang menghina kaum asli di sarawak?
ReplyDeleteitu adalah blog umno yang menyamar... sudah lama dikesan... baca sini.
ReplyDeletehttp://tukanglawan.blogspot.com/2012/08/2-blog-palsu-pro-pakatan-dikesan.html
eleh! blog palsu konon.. jadi kenapa dari awal lagi blog tu serang Najib?? kenapa banyak link2 PR dalam blog tu.. yang terang lagi bersuluh pun mau cover2 juga Tukang lawan..
ReplyDelete