Wednesday 26 September 2012

KECEMERLANGAN BUKTI KECEKAPAN





KOTA KINABALU: Kejayaan Sabah mengurus kewangannnya dengan cemerlang membuktikan kemampuan kerajaan negeri mengurus hasil-hasil negeri dengan baik, cekap dan teratur, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ia sekaligus menolak tanggapan negatif dan tuduhan tidak berasas pihak tertentu yang mempertikaikan kecekapan kerajaan negeri mengurus kewangan.

“Kejayaan kerajaan negeri mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 juga amat membanggakan, sekaligus meletakkan Sabah sebagai antara negeri terbaik di Malaysia dari segi akauntabiliti dan kecekapan pengurusan kewangan.

“Penganugerahan itu sekaligus membawa imej positif kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2011, di Grand Ballroom Shangri-La’s Tanjung Aru Resort, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Pangiran Hassanal Pangiran Muhamad Tahir.

Pada majlis itu enam jabatan dan agensi kerajaan negeri menerima anugerah iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Jabatan Bendahari Negeri, Jabatan Cetak, Lembaga Bandaran Kudat dan Koperasi Pembangunan Desa.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri gembira kerana sebahagian agensi negeri yang diaudit menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang bertambah baik dan membolehkan agensi berkenaan berdikari serta membayar balik pinjaman, seterusnya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri.

“Ia merupakan petunjuk yang amat baik dan positif kerana peruntukan yang dijimatkan dan dividen yang disalurkan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha memperluaskan lagi sumber-sumber pendapatannya supaya pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan oleh kementerian, jabatan atau agensi di seluruh negeri dapat terus dipertingkatkan untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.

Sehubungan itu beliau menyeru semua penjawat awam supaya berganding bahu dengan tekad dan iltizam untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju seiring dengan Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negara.

“Saya yakin dan percaya, kita mampu melaksanakan segala program yang dirancang dengan kerjasama yang padu dan jitu daripada semua pihak khususnya para penjawat awam di negeri ini.

“Bagaimanapun suka saya mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya cepat berasa selesa atau mudah berpuas hati dengan pencapaian ini.

“Apa yang penting, kita perlu terus memantapkan usaha bagi membolehkan pencapaian ini kekal dan ditingkatkan lagi untuk menyokong pelbagai pembangunan di semua peringkat,” katanya.

Musa percaya sekiranya amalan pengurusan kewangan berhemah dijadikan budaya dalam organisasi dan amalan kerja seharian, prestasi kewangan akan bertambah cekap dan meningkakan daya saing.

Beliau berharap anugerah Sijil Tanpa Teguran itu mencetuskan semangat dan iltizam serta menjadi motivasi kepada semua penjawat awam negeri untuk terus bekerja dengan lebih gigih bagi memacu kemajuan negeri demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat di Sabah.

Sementara itu bercakap kepada pemberita kemudian, Musa berterima kasih kepada Ketua Audit Negara kerana sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kerajaan negeri sehingga mencapai kejayaan dari segi pengurusan kewangan.

“Kami bangga dengan pencapaian ini dan meminta semua jabatan dan agensi kerajaan negeri mempertingkatkan lagi pencapaian itu,” katanya.

Berkenaan dengan anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan yang diterima oleh enam jabatan dan agensi kerajaan negeri itu Musa berkata, ia adalah sebagai insentif dan pembakar semangat agar terus meningkatkan usaha, lebih berdedikasi seterusnya menjadi role model kepada jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Kita mengadakan penganugerahan ini untuk memberikan insentif kepada mereka yang mencapai kejayaan empat bintang supaya terus bekerja gigih, lebih dedikasi dan menjadi contoh atau role model kepada agensi dan jabatan-jabatan lain.

“Bagi mereka yang belum berjaya saya berharap mereka boleh mencontohi jabatan-jabatan yang berjaya supaya kita dapat memberitahu kepada rakyat bahawa kita mengurus kewangan atau dana negeri dengan baik,” katanya.

47 comments:

  1. Pencapaian Musa dalam kepiminannya sebagai KM sudah menunjukkan beliau layak untuk meneruskan penggal pemerintahannya lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul...musa harus dikekalkan sebagai KM sabah..

      Delete
    2. The first phase of the GTP has benefited the state of Sabah since the start of its implementation. The state continues to receive close attention, funding and policy support from the Federal Government according to its Chief Minister,Datuk Seri Musa Aman.

      Delete
  2. Indeed! State's financial management under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has proven to be effective and keeps showing improvements.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Under Musa's rule, Sabah is getting its way back.

      Delete
    2. Musa membawa perkembangan yang amat positif untuk Sabah.

      Delete
  3. tahniah kepada musa aman dan kerajaan negeri sabah atas kecemerlangan yang ditunjukkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa bukan sahaja hebat dalam meningkatkan ekonomi, tapi jg dalam penjagaan hutan di Sabah.

      Delete
  4. The State Government will continue to formulate policies and procedures that support a business friendly environment, said Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus membuat kempen yang boleh menggalak perkembangan ekonomi.

      Delete
  5. Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said today Sabah Barisan Nasional (BN) remained unshaken despite the defection of two more leaders to the opposition

    ReplyDelete
  6. Let's give a set of applause for his contribution to Sabah.

    ReplyDelete
  7. Taniah kepada Musa kerana berjaya menjalankan tugasnya sebagai CM dengan baik.

    ReplyDelete
  8. Kecermelangan kepimpinan Musa pasti akan menyebabkan terus mendapat sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Negeri Sabah sememangnya telah memberikan yang terbaik dalam ekonomi Negeri tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha ini harus diteruskan sebab Sabah masih banyak tidak berkembang jika dibandingkan.

      Delete
  10. Semua itu juga berpunca daripada kerajaan itu sendiri juga bagaimana mereka menguruskan kewangan negeri tersebut. Pemimpin-pemimpin yang cekap dalam kerajaan BN ini dapat membantu yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. kedudukan kewangan Sabah makin baik sejak Musa menerajui Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurusan kewangan negeri Sabah amat membanggakan.

      Delete
  12. pembangunan negeri dari tahun ke tahun terus bertambah, malah bajet tahun 2012 mencecah lebih RM4 bilion.

    ReplyDelete
  13. Sabah chief minister Musa Aman who has been working very hard to make Sabah the most developed state in Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Economists and political analysts said no other chief ministers had ever succeeded in bringing so much investment to Sabah and attracting reputable foreign investors.

      Delete
    2. Datuk Musa Aman said on February 20 that highly reputable foreign investors were discussing with KKIP on investments in properties and setting up factories to build glass solar panels. He said these high profile investors would boost confidence in KKIP and foreign investment in Sabah.

      Delete
  14. Sabah’s spectacular and extraordinary economic transformation is its chief minister, Datuk Musa Aman. His aim is to turn Sabah into the most developed Malaysian state in 6 years.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa Aman has set the momentum for economic opulence for Sabahans and reduced Sabah’s poverty rate from 24% to 16%

      Delete
  15. Kadar kemiskinan masih merisaukan.

    ReplyDelete
  16. Semoga bujet 2013 dapat meningkatkanlagi perkembangan di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Keupayaan Pentadbiran negeri di bawah Datuk Seri Musa Aman adalah satu pencapaian yang luar biasa, memandangkan kekayaan semulajadi Sabah telahpun punah, namun, keupayaan Musa mendapat pendapatan untuk negeri adalah diluar jangkaan para pengeritik.

    ReplyDelete
  18. rakyat sabah patut bersyukur kerana memiliki pemimpin yang benar2 cekap mengurus tadbir negeri ini dengan baik berbanding dengan pemimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete
  19. saya harap dengan kecekapan pentadbiran beliau ini, Musa Aman akan terus memerintah negeri ini selepas pRU13..

    ReplyDelete
  20. The Sabah State Government says it remains committed to driving the state’s economic growth with the offer of various incentives for foreign investments while ensuring a conducive investment

    ReplyDelete
  21. environment.Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the flow of foreign investments had continued to see a positive trend, clearly reflecting investors’ confidence in the state’s economic fundamentals and prospects as well as its political stability and level of security.

    ReplyDelete
  22. “In the first quarter this year, Sabah received RM10 billion – the highest amount of private investments compared with other states.

    ReplyDelete
  23. “Apart from that, as of September 30, the amount of cumulative investments in the private sector, under the Sabah Development Corridor projects, had reached RM114 billion since its launch in 2008,” Musa Aman said.

    ReplyDelete
  24. The CM said this in his speech at the state awards and medals ceremony held in conjunction with the 59th birthday of Sabah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin at the state palace.

    ReplyDelete
  25. Musa said the state had also spent a total of RM1.136 billion from the RM1.39 billion allocated to it under the Ninth Malaysia Plan and the 10th Malaysia Plan.

    ReplyDelete
  26. He said the state also saw a 15.7 per cent rise in the number of foreign tourists during the January to July period this year, with a total of 541,552 visitors, compared with 467,924 tourists seen in the same period last year.

    ReplyDelete
  27. “In the second roll out of the 10th Malaysia Plan, Sabah was also allocated RM4.376 billion to carry out 743 projects in 2012.

    ReplyDelete
  28. “As of September 21, RM1.971 billion or 45.1 per cent of the 2012 allocation had been spent to finance development projects implemented in Sabah.” He said the state government was confident that the success in attracting private and foreign investments into the state was clear proof of the state’s conducive environment to attract high impact investments with greater economic prospects.

    ReplyDelete
  29. Apart from the foreign investments and tourists, the state has also welcomed high powered delegations including senior leaders from China and the latest being the visit from Britain’s royal couple, The Duke & Duchess of Cambridge, he said.

    ReplyDelete
  30. Apart from the foreign investments and tourists, the state has also welcomed high powered delegations including senior leaders from China and the latest being the visit from Britain’s royal couple, The Duke & Duchess of Cambridge, he said.

    ReplyDelete
  31. This has further reflected the positive image of Sabah in the world map, he added.

    ReplyDelete
  32. Sabah’s excellent management of its finances proves the ability of the state government to manage resources well, while dismissing any negative notion or unsubstantiated accusations in respect of efficiency.

    ReplyDelete
  33. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, who is also the Finance Minister, said the improved financial management of several agencies had helped them to become self-sufficient with a few being able to repay loans and channel dividends to the state government.

    ReplyDelete
  34. “This is a good and positive indicator as savings in allocations and dividends can help the state government to implement various development programmes for the benefit of the people.

    ReplyDelete
  35. “In essence, there are many more programmes and development agenda which we need to implement.

    ReplyDelete
  36. “For this, the government needs to strive to expand its sources of revenue to ensure all planned development throughout the state, can continue to be enhanced for the benefit of everyone,” he said at the Presentation of Excellent Financial Management Awards Based on the Accountability Index of the National Audit Department 2011.

    ReplyDelete