Thursday, 20 September 2012

KEMBALIKAN HAK DAN PEMULIHAN RAKYAT




IBADAH.....Datuk Dr.Jeffrey Kitingan bersama puluhan ribu yang hadir sempena ibadah khas sambutan Hari Malaysia di Stadium Likas.

“SUNGGUH bermakna bila melihat rakyat jelata Sabah berkumpul membanjiri Stadium Likas untuk ibadah khas memberkati Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia ke-49,”  kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan selepas menghadiri majlis tersebut pada 16 September 2012.

Fakta sejarah sudah cukup membuktikan kedudukan dan status Sabah sebelum, semasa dan selepas Perjanjian Malaysia dimeterai,  malangnya pemimpin-pemimpin BN, khususnya dari Kuala Lumpur terus menafikannya.

Sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu baru-baru ini, kita mengharapkan kerajaan mula sedar dan memberikan jaminan terhadap hak-hak Borneo. Malangnya Perdana Menteri hanya menggesa rakyat Borneo untuk menghormati asas pembentukan Malaysia yang diusahakan oleh para pemimpin terdahulu tanpa menjelaskan siapa sebenarnya yang tidak menghormati Perjanjian Malaysia, adakah rakyat Borneo atau Kuala Lumpur?

Pemimpin-pemimpin BN Sabah pula terus menyajikan hujah bahawa Sabah sememangnya hanyalah berstatus negeri sejak dari awal. Benarkah demikian?

Kalau Sabah adalah sebuah negeri, kenapa British perlu memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963?  Kalau sejak awal Sabah hanyalah sebuah negeri, kenapa negeri-negeri Malaya tidak turut serta dalam perundingan dan menurunkan tandatangan?

Kenapa negeri-negeri Malaya tidak ada pra-syarat seperti 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak?

Kenapa perkara 19 dalam 20 Perkara disebut bahawa gelaran Sabah ialah sebuah Negara?

Mereka juga lupa bahawa pada tahun 1956, Negara North Borneo (Sabah) telah menghantar dua orang wakil ke Sukan Olimpuk di Australia. Lebih menarik semasa pengistiharan Perjanjian Malaysia, audio sebenar jelas memanggil Sabah sebagai Negara.

Perkembangan ini amat menyedihkan kita. Perdana Menteri mendesak rakyat Borneo menghormati Perjanjian Malaysia,sedangkan merekalah yang mencabuli perjanjian.
                                                                                                                                   
Keadaan lebih parah apabila pemimpin tempatan sendiri berwatak dan bersuara bagi pihak Kuala Lumpur dan bukan menyelami denyut nadi rakyat Borneo. Ini menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Sabah sejak sekian lama untuk menikmati hak yang dipersetujui nampaknya hanyalah mimpi di siang hari.

Untuk menunggu Kuala Lumpur berubah nampaknya mustahil.

Yang perlu berubah ialah rakyat Sabah sendiri dengan menyedari bahawa masa depan Sabah terletak di tangan sendiri. Malaysia telah memasuki usia 49 tahun. Angka 49 merupakan angka yang unik dan penuh makna kerana angka ini membawa kepada tahun Jubli Emas Malaysia ke-50.

Sempena ulangtahun Malaysia ke-49 ini,  biarlah rakyat Sabah bertekad membina kesatuan agar Sabah kembali menikmati makna sebenar kemerdekaan, pemulihan hak, autonomi dan pembaharuan menjejak era baru Sabah.


14 comments:

  1. Selamat hari Malaysia kepada semua.

    ReplyDelete
  2. Kita perlulah bersatu dan bersama-sama menjaga keamanan dan kemerdekaan yang telah lama kita pertahankan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. filipina berusaha nak dptkan Sabah semula, tapi rakyat Sabah pasti ingin terus bersama Malaysia.

      Delete
  3. May there will be miracles in Sabah.

    ReplyDelete
  4. Hope our rights in 20 Points will be fulfilled.

    ReplyDelete
  5. Sama2lah kita berdoa yang terbaik buat negeri kita, Sabah.

    ReplyDelete
  6. "Pemimpin-pemimpin BN Sabah pula terus menyajikan hujah bahawa Sabah sememangnya hanyalah berstatus negeri sejak dari awal. Benarkah demikian?"

    menimbulkan persoalan ini menunjukkan Jeffrey sendiri kurang pasti dengan status sabah.. tapi ada hati pula bertindak melebihi pakar sejarah sedangkan tugas sebenarnya dia hanya mengelirukan rakyat berkenaan dengan fakta2 sejarah..

    ReplyDelete
  7. "Kalau Sabah adalah sebuah negeri, kenapa British perlu memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963?"

    dalam perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London, Sabah disebut sebagai negeri, bukannya negara.. hanya jika Sabah tidak menyertai Malaysia, barulah layak dipanggil sebagai negara..

    ReplyDelete
  8. banyak kenyataan2 Jeffrey yang cuba mengelirukan rakyat.. negeri2 di semenanjung memang sudah terbentuk dalam Malaya.. untuk apa ada perjanjian jika rakyat di negeri2 itu mempersetujuinya tanpa sebarang keraguan??

    ReplyDelete
  9. adakah Jeffrey cuba mempersalahkan pemimpin2 serta rakyat sabah yang telah mempersetujui penggabungan ini??

    ReplyDelete
  10. sedarkah Jeffrey bahawa Sabah juga dituntut oleh Filipina dan Indonesia sebelum bergabung membentuk Malaysia?? isu itu juga menjadi punca kenapa pemimpin2 terdahulu membuat keputusan itu..

    ReplyDelete
  11. jika Jeffrey yakin beliau dipihak yang benar, kenapa bukan beliau sahaja yang memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan?? kenapa biarkan dua orang rakyat biasa sabah yang melakukan tugas itu?? bukankah ini menunjukkan perjuangan Jeffrey ini PALSU semata2..

    ReplyDelete
  12. rakyat perlu ingat Jeffrey adalah pemimpin paling tamak di malaysia.. dia hanya berminat untuk mendapatkan jawatan perdana menteri bagi sabah dan sarawak.. sebab itu dia enggan bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain..

    ReplyDelete