Oleh : AIDILA RAZAK
Penganjur himpunan Janji Demokrasi
hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai perbuatan seorang lelaki
menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul
Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ahli jawatankuasa kerja
Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di
seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi.
Ketika dihubungi, Maria
berkata pihaknya tidak sama sekali menyokong perbuatan seumpama itu. Malah,
kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang
sepanduk.
Dalam gambar insiden
tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia
20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar
Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz
Yusof.
Gambar mereka dibariskan di
atas tanah, berhampiran daisies kuning dan bandana dengan perkataan 'Janji
Bersih'.
Manakala dalam video yang
dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah
yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.
Ramai yang berbuat demikian
memakai baju kuning manakala ada yang dilihat sengaja menghentak kaki pada
gambar dalam video itu, yang nampaknya seperti dirakam di penjuru Jalan Raja
dan Jalan Tun Perak.
Satu lagi blog pro-BN,
Gossip Rakyat (GR), mendakwa pemuda yang menunjukkan punggungnya itu telah
dikenal pasti.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenayang bontot atau goyang2 punggung seperti yang dilakukan baru2 ini bukanlah budaya kita. Banyak lagi cara dan saluran yang sedia ada membolehkan kita sampaikan ketidak-puasan hati kita.
ReplyDeleteDiharap pihak polis segera memberkas malaon yang melakukan kelakuan tidak senonoh ini.