Saturday, 15 September 2012

MAJLIS AMBANG HARI MALAYSIA TUARAN





Oleh : LOPUNG

MALAM ini, tanggal 15 September 2012, jam 8 malam, satu majlis ambang hari Malaysia akan diadakan di Restoran Singgah Singgarung, Jalan Sulaman, Tuaran. Datuk Sri Anwar Ibrahim telah tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 5 petang tadi dari Labuan.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, Anwar memberi ceramah di Markas PKR Kg. Tanjung Aru, Labuan sempena penyertaan Tan Sri Ibrahim Menudin ke PKR. Adakah ini alamatnya sokongan kepada parti pemerintah sudah semakin pudar? Tambahan pula ada ura-ura dua orang Wakil Rakyat dari BN akan keluar parti dan akan menyertai pakatan rakyat esok di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Pegawai Azmin Ali yang tidak dibenarkan masuk ke sabah juga menjadi bualan hangat rakyat Sabah terutamanya yang menjadi penyokong kuat PR. Mereka menyatakan bahawa PATI lebih mendapat perhatian berbanding rakyat Malaysia sendiri.

PATI yang berkeliaran di Kota Kinabalu tidak dikenakan tindakan imigresen tetapi kenapa rakyat Malaysia ditahan mengikut Akta Imigresen. Inilah sebahagian keluhan rakyat yang membaca artikel yang telah disiarkan dalam Sabahkini.net.

Namun hakikatnya, kita tidak tahu sama ada sokongan masih kuat terhadap PR selepas kes penghinaan tarian Sumazau yang menerima kritikan yang hebat dari seluruh lapisan masyarakat di sabah.

Seandainya hujan bakal turun pada malam ini, adakah masih ada penyokong-penyokong PR yang akan berada di sana, seperti jelajah-jelajah PR terdahulu yang menerima banyak peserta dalam ceramah yang diadakan.

Berbanding di Semenanjung, Jelajah PR sering kali disabotaj oleh orang yang tidak senang dengan kehadiran PR dalam kawasan mereka dan adakah ini juga bakal berlaku dalam majlis malam ini dengan tambahan kemarahan rakyat Sabah terhadap penghinaan yang ditulis di laman web 'Suara Pakatan Rakyat.Com'

Walaupun demikian, isu ini dibidas oleh Majlis Tertinggi dan juga Presiden PKR bahawa blog tersebut bukan kepunyaan PKR dan pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada pihak Polis.

Biarlah pihak polis menyelesaikan kes ini dan kita harap jangan ada kejadian yang buruk berlaku di Majlis Ambang Hari Malaysia yang dianjurkan oleh PKR Tuaran kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula ketika ini Putera William berada di Sabah dan kita tidak mahu merosakkan nama baik Sabah di mata dunia.

Saya akan berada di sana untuk meninjau dan memberi maklumat yang sahih berhubung ceramah yang bakal mereka berikan bagi tatapan umum, terutama bagi yang tidak berkesempatan untuk ke majlis tersebut.

6 comments:

  1. PR cuba yang terbaik untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Sabah. tapi rasanya tidak semudah yang PR sangkakan sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Apa pun selamat menyambut hari Malaysia yang lepas. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Berkempen la dengan cara yang betul. Unsur sabotaj-mensabotaj ini perlu ditolak kerana ia hanya menunjukkan ketidakmatangan dalam politik.

    ReplyDelete
  4. orang sambut Hari Malaysia, Pakatan sabut katak2 yang melompat masuk ke parti mereka..

    ReplyDelete
  5. beginilah cara pakatan menyambut hari malaysia.. kalau bukan berdemo, berkempen politik.. tidah cukup kehulu kehilir berkempen, hinggakan hari malaysia pun dia gunakan untuk berkempen..

    ReplyDelete