Oleh : MAIL MATHEW
TENOM: Bahang Pilihanraya
umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara, terutamanya
di kawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan
jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.
Pembangkang beralasan bahawa
rakyat di kawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000
orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan
beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).
Antara janji pembangunan
yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan
kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di
Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian
Sabah (TPS) Lagud Seberang.
Malahan pembangkang terus
mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak
Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN
terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.
Bagaimana pun taktik politik
pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk
menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN
mampu menunaikan janji-janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa
terdekat ini.
Pembinaan pekan kecil Melalap
yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah
yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada
September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala
jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor
boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.
Tamparan demi tamparan
terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini
kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja
Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika
merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini
bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Selain itu, gagasan pembangkang
di kawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang
saling tidak sebulu dalam apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13
kerana masing-masing menjadi juara; dijangka menjadi sebahagian daripada
masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini
daripada kuasa BN.
Lebih parah lagi, apabila
pergolakan dalaman SAPP di kawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin
bahagian dan beberapa lagi pemimpin di peringkat cawangan telah mengumumkan
perletakkan jawatan masing-masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi
bahagian itu kini semakin goyah.
Manakala PKR juga mengalami
masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran kumpulan
NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR kerana kehadiran NGO
itu difahamkan tidak melalui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk
Halik Zaman.
Kekukuhan dan kesepakatan BN
Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun
Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 di bawah teraju Pengerusinya Datuk
Rubin Balang.
Tidak dapat disangkal
kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua
Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno
serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru-baru ini.
Senario politik di Tenom
yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini
mungkin berbeza dengan kawasan lain kerana beberapa ramalan yang datangnya dari
luar sebelum ini banyak memihak kepada pembangkang.
Namun harapan ramalan itu
banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh
pembangkang yang harus memenuhi kriteria yang dikehendaki para pengundi yang
mana rata-rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.
Sebaliknya, begitu jugalah
keadaannya dengan BN, selain janji -janji pembangunan yang tertunggak perlu
ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar
kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai 'Winnable
Candidate' sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun
Razak sebelum ini.
Konklusinya, rakyat di
kawasan ini pada keseluruhannya, masih mempunyai deria yang tinggi untuk
menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum
ini.
BN masih diletakkan mereka
sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN
sekadar ibarat 'melepaskan batuk di tangga' terhadap syarat-syarat yang
diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh
terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem
kerajaan sebelum PRU-13.
Dapat itu mungkin ada juga. Tapi bukan semudah yang disangkakan oleh PR. Tapi rasanya masih jauh untuk PR menawan Tenom.
ReplyDeleteI agree with you hafinA A... not easy for PR to win in Tenom... but then again we have to wait for PRU13.
Deletebergantung juga dengan undian penduduknya. dalam politik, apa2 saja boleh berlaku.
DeleteIt's hard to know actually. Because votes can be manipulated in so many ways.
DeleteJangan biarkan PR menghantui fikiran rakyat dengan tipu muslihat. Kerajaan perlu menepis semua tipu yang direka oleh PR ini.
ReplyDeletejgn mudah percaya dgn tipu helah PR.
DeletePakatan is near in jeopardy. Why? Wait and see.
DeletePR semakin matang dan berpeluang cerah memenangi lebih banyak kerusi.
DeleteTambahan lagi sekarang ini BN terus kekal mendapat sambutan daripada rakyat. Ini akan menyukarkan lagi PR untuk menang.
ReplyDeleteparti di luar kerajaan/BN pun makin banyak. pastinya ini turut memberi kelebihan pada BN bila tidak wujud kerjasama sesama mereka.
DeleteNo chance for PR in Sabah! Though Lajim and Bumburing are there, won't change too much.
DeleteSemua pihak BN perlulah bersatu jika inginkan kekuatan dan kekukuhan.
ReplyDeletedgn bersatu parti akan kukuh.
DeleteSelalulah turun padang untuk lihat masalah rakyat dan beri bantuan pada mereka.
DeleteTrue.BN spirit should be practiced.
DeleteParti komponen harus sebulat suara dan memperjuangkan misi yang sama.
DeleteBN had undertaken various approaches to make the younger generation understand the real situation in the country so that they would not be easily influenced by the opposition.
ReplyDeleteboth sides however have important roles to play. the younger generation is not the same as 20 years ago, they are more mature and exposed to political issues. BN have executed proper ways and steps in explaining the actual situation to the younger generations. PR on the other hand have created a web of confusion which ultimately have gone out of hand.
DeleteAnd education is important somehow. Never expose too much in politics or you have to bear the consequences.
Deletethe web of confusion created by the PR at a glance is somehow fueled by vengeance and personal vendetta. that is not healthy for the minds of the younger generation. its best to avoid these things.
ReplyDeletesukar bagi PR tumpaskan BN.
ReplyDeleteBN masih parti kuat walaupun ada juga beberapa ahli penting keluar parti.
ReplyDeleteIS Sabah remain deposit to BN?
ReplyDeletePembangkang patut kerja sama untuk memperkuangkan misi yang sama. Perpecahan inimemanfaatkan BN.
ReplyDeletejangankan Tenom, semua kerusi di sabah belum tentu PR boleh menang..
ReplyDeletejika PR kuat, Anwar tidak akan menggunakan khidmat "katak" untuk menarik sokongan di negeri ini..
ReplyDeleteisu paling kontroversi sekarang yang mungkin boleh menjejaskan sokongan Pakatan Rakyat ialah, penghinaan terhadap budaya kaum KDM dan kegagalan air percuma Pakatan di selangor..
ReplyDelete