Friday, 7 September 2012

MAYBANK BERI TUMPUAN KHAS KEPADA SABAH





TAWAU : Maybank memberi tumpuan khas kepada Sabah dalam mengembangkan cawangan dan operasinya berbanding negeri-negeri lain di negara ini, kata Naib Presiden Eksekutif Maybank Mohd Hanif Suadi.

Dalam pelan pembangunan lima tahun institusi kewangan yang mempunyai 9.3 juta pelanggan di seluruh negara yang bermula pada 2010, katanya Maybank menetapkan untuk membuka sekurang-kurangnya 5.0 cawangannya di Sabah.

"Maybank memberi tumpuan khas kepada Sabah kerana kepesatan pembangunan di negeri ini sangat laju (pantas)," katanya kepada pemberita selepas perasmian premis baharu Perbankan Persendirian Maybank Cawangan Tawau di sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ismail Mayakub, yang mewakili Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurut Hanif, antara cawangan baharu Maybank yang sudah beroperasi terletak di Beaufort dan Tawau manakala tiga cawangan baharu lagi masing-masing satu di Sandakan, Kota Marudu dan Tuaran bakal dibuka.

Mengenai pembukaan Pusat Perbankan Persendirian berkenaan yang menyasarkan golongan berpendapatan tinggi, Hanif berkata ia merupakan bukti komitmen institusi perbankan itu dalam menyahut seruan kerajaan dalam menjana ekonomi lebih aktif dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan sosial dan ekonomi. (Bernama)

No comments:

Post a Comment