Saudara Pengarang,
SEMENJAK Umno mengembangkan
sayapnya ke bumi Sabah, 21 tahun lalu, parti-parti politik yang diasaskan di Semenanjung
Malaysia, telah bersungguh-sungguh terbang menyeberangi Laut Cina Selatan untuk
mendirikan Batu Asas di Sabah; terutama MCA, GERAKAN, MIC, PPP kerana kesemuanya
telah membuka cawangan.
Bagaikan satu perniagaan
yang boleh menguntungkan jika sayap parti masing-masing dikembangkan di bumi Sabah.
Namun saya hanya ingin mengulas parti berasaskan kaum Cina iaitu MCA dan
GERAKAN.
Kedua-dua parti ini
nampaknya bercita-cita besar dan memasang impian siang hari di bumi Sabah, terutama
MCA mereka hampir mempunyai pejabat lengkap yang dengan kakitangan di kesemua
25 Bahagian Parlimen.
Dengan kedudukan sebagai
parti yang kaya-raya, termasuk juga Gerakan, iaitu parti yang telah ditolak
oleh rakyat Pulau Pinang; maka parti dominasi masyarakat Cina ini; GERAKAN dan
MCA memasang cita-cita besar dalam politik Sabah. Lihat sahaja orang yang ada
dalam kedua-dua parti ini di Sabah, semuanya orang baru, yang baru mahu mencari
platform politik.
Tujuan mereka mengunakan
kedua-dua parti ini, adalah untuk mencari peluang, ini kerana bagi mereka,
hanya MCA dan GERAKAN sahaja yang membuka peluang untuk mereka; bukannya SAPP
atau PBS.
Persoalannya, bolehkah masyarakat
Cina sabah menerima kedua-dua parti ini, sedangkan di dalam pilihanraya 2008
itu, kedua-duanya hampir gulung tikar. MCA kalah hampir 90% dan GERAKAN hilang Pulau
Pinang.
Senario ini membuktikan
bahawa majoriti masyarakat Cina di Semananjung Malaysia telah mengajar MCA dan
GERAKAN. Adakah masyarakat Cina Sabah boleh menerima MCA dan GERAKAN, sedangkan
saudara-saudara mereka di Semanjung mahu menguburkan terus kedua-dua parti itu
tanpa keranda?
Kita yakin jika MCA atau
GERAKAN diberi peluang bertanding di Sabah; alamatnya, masyarakat Cina Sabah juga
akan kuburkan kedua-dua parti ini di bumi Sabah. Kita yakin sentimen masyarakat
Cina Sabah adalah sama dengan saudara mereka di Semenanjung dan Sarawak.
Jika BN memberikan banyak
kerusi kepada MCA dan GERAKAN di Sabah, maka ini akan membuka jalan kepada pembangkang
menghantar wakil di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat.
Teorinya ialah sentimen anti
BN dalam minda masyarakat Cina; walau macam mana baiknya BN terhadap mereka,
majoriti mereka tetap menolak BN kerana telah memberi kepercayaan kepada DAP untuk
memperjuangkan nasib politik mereka.
Siapakah pilihan Masyarakat
Cina Sabah? Adakah SAPP, DAP, PKR atau PBS dan LDP; sedangkan kedua-duanya
masih tegar di dalam BN? Kita menduga bahawa DAP akan terus menjuarai hati
masyarakat Cina Sabah.
Pada PRU-12, DAP telah berjaya
memiliki Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Sri Tanjung. Namun pada PRU-13, majoriti
masyarat Cina yakin DAP akan membuat satu kejutan seperti di Sarawak.
Bagi SAPP, peluang mereka di
kaca mata masyarakat Cina Sabah juga agak memberangsangkan. Kita berharap
sangat agar DAP dan SAPP tidak akan bertempur sesama mereka. Jika kita
membenarkan pertempuran sesama mereka berlaku, maka nescaya akan membuat BN
ketawa sehingga pecah perut.
Kita berdoa agar perebutan
kerusi sesama sendiri dapat dielakkan kerana DAP dan SAPP adalah harapan unggul
masyarakat Cina Sabah. Maka bersatulah kamu Datuk Yong Teck Lee dan Hiew King
Cheu atau Jimmy Wong. Kalau bukan kamu, siapa lagi harapan kami.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH.
Saya amat teruja untuk melihat fenomena baru didalam arena politik Malaysia..terutama Sabah..
ReplyDelete