KOMPUTER......
Azizah menyampaikan sumbangan komputer kepada Asliari untuk kegunaan SMK
Beaufort.
BEAUFORT: Rakyat negara ini
perlu mempunyai jiwa yang merdeka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan
sebaiknya.
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tanpa
jiwa yang merdeka kesedaran untuk mengisi kemerdekaan akan terabai.
“Mengisi kemerdekaan tidak
harus dipandang mudah. Untuk mengisi dengan sebaiknya kita perlu mempunyai jiwa
yang merdeka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
majlis Sambutan Kemerdekaan, Hari Raya dan hari Terbuka Sekolah Menengah
Kebangsaan Beaufort.
Hadir sama wakil Pegawai
Pelajaran Daerah Beaufort, Rashid Ramli, Pengetua SMK Beaufort, Asliari Tamit
dan Yang Dipertua PIBG, Yunus Abd Rajah.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias mengajak rakyat untuk sama-sama mempertahankan
kemerdekaan bagi memastikan kemakmuran dan pembangunan negara dapat terus
dinikmati oleh generasi masa depan.
“Dahulu sebelum merdeka,
kita miskin tetapi hari ini, dalam sebuah negara yang merdeka hasil perjuangan
pemimpin terdahulu keadaan sudah jauh berubah. Kini kita dapat menyatakan
kepada pemimpin dan kerajaan tentang keperluan kita.
"Justeru itu, marilah
kita sama-sama memastikan kemerdekaan tidak terganggu samada dari anasir luar
atau dalam kerana kini terdapat anasir yang mahu menghancurkan negara,” katanya
sambil mengingatkan perjuangan mempertahankan kemerdekaan mesti diteruskan oleh
generasi muda.
Beliau turut berharap agar
rakyat negara menghargai dan berbangga kerana mempunyai kerajaan dan pemimpin
yang baik dan dikenali oleh negara luar.
“Marilah kita berbangga
dengan apa yang kita miliki, Negara kita sebuah negara yang dihormati kerana
pemimpin kita adalah negarawan yang terkenal,” katanya.
Pada majlis yang diserikan
dengan persembahan koir lagu patriotik itu, Azizah menyampaikan sumbangan set
komputer kepada Asliari bagi pihak sekolah.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanamkan cinta akan Negara kita ini.
ReplyDeletejangan pula minda yang dijajah sekarang hingga melunturkan semangat cintakan negara.
DeleteKita juga perlulah memastikan kemerdekaan tidak terganggu samada dari anasir luar atau dalam yang cuba membuat huru hara.
ReplyDeleteanasir dalaman pun sudah jelas kelihatan ketika ni yang mahu pecahkan perpaduan rakyat.
Deletebe patriotic, love your own country.
ReplyDeletesematkan semangat kemerdekaan dalam jiwa.
ReplyDeletekemerdekaan kita harus
ReplyDeletepertahankan.
syabas kepada azizah.. sambil2 turun padang mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat, sempat juga hulurkan sumbangan..
ReplyDelete