TELUPID : Parti Bersatu
Sabah (PBS) pada Selasa mengumumkan Datuk Michael Asang bakal mempertahankan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada pilihan raya umum ke-13 akan
datang.
Ia diumumkan oleh Presiden
PBS Tan Sri Pairin Kitingan ketika merasmikan mesyuarat agung PBS Bahagian
Labuk di sini, pada Selasa.
"Saya menyokong penuh
Michael bertanding semula di DUN Labuk bagi meneruskan pembangunan dan menjaga
kebajikan rakyat di kawasan itu. Sejak menjadi wakil rakyat, beliau adalah
pemimpin baik, rajin turun padang dan prihatin dengan rakyat," katanya.
Michael, 65, telah menjadi
wakil rakyat Labuk untuk penggal ketiga sejak Mac 1999. (Bernama)
No comments:
Post a Comment