Friday, 21 September 2012

NIKMATI KESEJAHTERAAN DENGAN KESYUKURAN




HAMPER....Azizah menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pengunjung bertuah pada majlis Mesra Ria Raya 1 Malaysia SK Mempagar Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati rakyat di negara ini hendaklah dinikmati dengan rasa kesyukuran.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat terhadap nilai kesejahteraan hidup yang sekian lama dikecapi perlu diterapkan dalam jiwa generasi muda hari ini.

“Generasi muda hari ini perlu bersyukur terhadap kemakmuran yang telah diwariskan oleh pemimpin terdahulu dan juga usaha berterusan pemimpin masa kini untuk generasi seterusnnya.

"Justeru itu, saya menyeru generasi muda hari ini agar sentiasa menyedari bahawa di bahu mereka terpikulnya tanggungjawab besar yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesra Ria Raya 1 Malaysia anjuran bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Majlis Permuafakatan Pra Sekolah dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama Guru Besar, Tajudin Asari; Yang Dipertua PIBG, Jamaluddin Ismail; pemimpin masyarakat, ibu bapa, guru-guru dan pelajar.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan gambus, nyanyian solo dan koir, pertandingan Busan Hari Raya kategori murid, Busana Sedondon Ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias dalam ucapannya turut mengingatkan rakyat agar sentisa memelihara perpaduan sedia ada kerana ia menjadi tunggak dan tulang belakang keharmoinian negara selama ini.

“Perpaduan di kalangan penduduk adalah amat berharga dan tiada galang gantinya. Tanpa perpaduan dan kerjasama erat antara rakyat negara akan kucar-kacir apatah lagi dalam sebuah negara berbilang kaum. Justeru saya ingin mengingatkan agar kita sentisa saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan bersama,” katanya sambil membidas golongan yang cuba merendah martabat warisan budaya sesuatu kaum.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab merendahkan budaya mana-mana kaum di negara ini perlu ditentang oleh semua rakyat. Mereka mahu menghancurkan keharmonian, mereka tidak cintakan perpaduan dan mereka mahu menghancurkan negara,” katanya.

20 comments:

  1. Azizah Klias Assembly Member said the visit by federal leaders to Sabah showed the close cooperation existing between leaders and the people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azizah said the people could really appreciate the 1Malaysia concept when leaders interact with them.

      Delete
    2. The concept indeed good, but, really we practise it? How?

      Delete
  2. Azizah said the library still plays a vital role in society to give knowledge and information to society and especially in fostering a reading culture.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government needs to educate our people through reading and we realise that the role of the library is significant in encouraging people to read

      Delete
  3. Azizah, who is also Klias Assemblywoman, said despite the recent "political problem" hitting the Beaufort Umno division, the overwhelming turnout showed the people here remained steadfast with the BN

    ReplyDelete
  4. Berbangga kita kerana mempunyai pemimpin yang benar-benar memberikan perhatian kepada tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  5. Teruskan menyokong demi kebaikkan bersama. Kerajaan akan terus memberikan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk. Maka kita perlu teruskan usaha memberikan kerjasama kepada Kerajaan BN.

    ReplyDelete
  6. Generasi muda perlu diberi tumpuan dan dilibatkan secara aktif dalam proses pembangunan negara supaya mereka menjadi modal insan yang mampu menjadi pemimpin pelapis kelak.

    ReplyDelete
  7. promosikan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. sentiment sensitif seperti menghina dan merendah2kan budaya dan tradisi kaum lain harus dielakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perpaduan dan keharmonian negara harus sentiasa dipelihara dan diamalkan.

      Delete
  8. Semangat cinta negara harus dipupuk sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  9. Aktiviti merosakkan perpaduan antara bangsa dan kaum harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  10. Rakyat harus bersyukur dengan kemakmuran dan keharmonian yang kami ada sekarang.

    ReplyDelete
  11. kesejateraan yang dikecapi harus dikekalkan.

    ReplyDelete
  12. jgn cemarkan keharmonian kita.

    ReplyDelete
  13. kita harus saling menghormati.

    ReplyDelete
  14. Kestabilan politik di Sabah telah membawa kemakmuran dan keharmonian di negeri ini.

    ReplyDelete
  15. “Pihak yang tidak bertanggungjawab merendahkan budaya mana-mana kaum di negara ini perlu ditentang oleh semua rakyat. Mereka mahu menghancurkan keharmonian, mereka tidak cintakan perpaduan dan mereka mahu menghancurkan negara,”

    pemimpin2 pembangkang tidakpun membangkitkan isu ini secara berterusan.. bukankah penghinaan budaya ini sangat2 membahayakan negara?? kenapa pembangkang pandang remeh?

    ReplyDelete
  16. syabas kepada Azizah kerana terus mendekati rakyat dan terus memberikan sumbangan kepada rakyat.

    ReplyDelete