Monday, 24 September 2012

PATUNG PENERBIT FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS DIBAKAR




KUALA LUMPUR : Umat Islam di sini terus menyuarakan kemarahan mereka terhadap penerbitan filem Innocence Of Muslims yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam, dengan membakar patung penerbit filem itu, Nakoula Besseley, dibakar Ahad malam.

Patung itu, yang memakai cermin mata hitam dengan hidung dan mulutnya ditutupi kain, dibakar di hadapan kira-kira 200 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini pada majlis 'Himpunan Rakyat Sempena Sambutan Hari Malaysia'.

Ia dibakar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. Turut hadir Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip.

Pada sidang media kemudian, Ibrahim berkata pembakaran patung itu adalah sebagai simbolik kemarahan umat Islam.

"Pembakaran patung ini oleh Perkasa adalah sebagai menyatakan bantahan kita terhadap perbuatan biadap Nakoula Besseley. Kita mahu menyampaikan mesej bahawa kita marah," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment