Oleh : MUTALIB M.D
KELMARIN, ada pihak yang
menawarkan untuk membeli Sabahkini.net dengan harga RM2.5 juta termasuk semua
Staff dan Krew Sabahkini.net (Sabahkini.TV dan Sabahkini.Music) seraya meminta
saya menggantungkan pena dan menghilangkan laman web berkenaan dari muka bumi?
Jika pemimpin berkenaan sanggup
menaja Parti Pembangkang dengan kos lebih RM2 juta dan mampu memberi kesenangan
kepada 'Gundik'; maka tidak mustahil jika sanggup memalukan saya dengan tawaran
RM2.5 juta; bukan olok-olok tetapi serius!
Di hati kecil saya berbisik,
apa gunanya saya berkhidmat untuk rakyat Sabah, membela pemimpin BN Sabah
secara percuma, sedangkan mereka hanya sudi menderma RM121.23 sen sejak
Sabahkini.net melancarkan tabung derma pada 2009.
Namun pesan Al-Marhum ayah
saya, "Wang sedikit cukup, banyak membazir" telah menyebabkan saya
mengenang nostalgia bersama beliau yang sering berpesan bahawa ajal, jodoh,
maut dan rezeki kerja Tuhan dan kita hanya berusaha; membuatkan saya terkesima
dan sedar diri di celah limpahan wang yang memburu saya, bukan untuk
menyenangkan kehidupan saya; malah untuk menjatuhkan marah saya sebagai manusia
yang berpendirian dan berprinsip selama ini.
Tugas menguruskan
Sabahkini.net bukanlah semudah disangkakan kerana untuk berlaku sebagai media
bebas dan adil; ada pihak yang terbabas, malah Krew Sabahkini.net tidak berjaya
dari lari puluhan saman yang memburu mereka; termasuk lebih 20 saman yang
terpaksa saya hadapi secara bersendirian.
Di negara asing atau media
yang dikawal sepenuhnya oleh pembangkang, mereka mendapat dana yang cukup besar
untuk media pro pembangkang, tetapi Sabahkini.net yang 'Bebas' dan 'Tidak
Terikat' dengan mana-mana pihak tidak mendapat sumbangan dana dari mana-mana
pihak untuk terus 'berkhidmat untuk rakyat Sabah' yang sejati; bukan untuk
mana-mana pemimpin.
Bagi mewujudkan sebuah
portal yang benar-benar merdeka, bukanlah tugas mudah sekalipun rakyat Sabah
dan Malaysia menyambut 'Hari Malaysia' pada hari ini kerana saya berpendapat
Pemimpin Sabah terlalu 'Pengecut' dan rakyat Sabah terlalu 'Takut' untuk bangun
menyuarakan suara mereka secara berprinsip; melainkan berselindung di sebalik
Facebook atau Blog 'Umang-Umang' ketika menyuarakan pandangan mereka.
Dalam isu Pelarian Perang
Filipina yang diberi taraf IMM13 dan kini MyPR, umpamanya, Kabinet Sabah di era
Ketua Menteri Merry Go Round, Datuk Seri Osu Sukam telah memutuskan untuk
memberikan Taraf Penduduk Tetap (PR) kepada Pelarian Filipina berkenaan yang
jumlahnya hanya 60,000 ketika itu.
Malangnya sehingga ke hari
ini tidak ada Menteri Kabinet Sabah, termasuk pemimpin KDM mengusulkan agar
Kerajaan Persekutuan membatalkan atau menghentikan MyPR kepada Pemegang IMM13
yang kebanyakannya kini sudah mendaftar sebagai pemilih setelah mendapat MyKad
Malaysia melalui 'penyimpangan undang-undang'.
Begitu juga dengan Kabinet
Malaysia yang menciplak (fotokopi) kesemua buku saya sedangkan semua
undang-undang termasuk Akta Hak Cipta digubal di Parlimen Malaysia. Mereka tidak jujur memperjuangkan isu RCI
kerana tidak seorangpun mempunyai 'Political Will' membongkar isu ini melainkan
Perdana Menteri.
Manakala rakyat Sabah masih
seperti kura-kura yang menyorok kepala, agak 'penakut' kerana tidak berani
tampil secara terang-terangan apabila setiap pandangan yang diutarakan melalui
Sabahkini.net atau Official Page atau kolum khusus; tidak langsung mendapat
respon yang berkualiti; sekalipun untuk diajukan kepada Parlimen atau DYMM Yang
Di-Pertuan Agung. Offical page seperti RCI Sabah tidak langsung mendapat
sambutan.
Sebaliknya pula pemimpin dan
parti pembangkang di Sabah langsung tidak mempunyai 'Machinery' untuk
membolehkan isu yang diperjuangkan sampai ke pengetahuan pengundi akar umbi
yang diharap mampu membawa perubahan besar pada pilihanraya umum akan datang.
Pemimpin Pakatan Rakyat,
terutama Ketua Pembangkang sewajarnya menubuhkan sebuah 'Muzium Patung Lilin'
kerana majoriti pemimpin yang menyertai PKR atau Pakatan Rakyat Sabah di
kalangan 'Manusia Antik' yang luntur fikiran, idea, kudrat dan mengaburi hala
tuju politik masing-masing.
Penyertai Lajim, Bumburing,
Maijol, Ibrahim Menudin dan terbaru Yahya Lampung (kelmarin) tidak akan
membantu menyumbangkan walau satu kerusi untuk Pakatan Rakyat yang masih
bertelagah dan merebut kerusi di hampir semua kawasan.
Begitu juga dengan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sewajarnya menubuhkan
Sekolah Henry Gurney kerana dibanjiri oleh 'Pemimpin Yang Nakal dan Gatal' yang
kerja mereka hanya sebagai 'Bupeka' (Budak Pengilap Kasut) dan dipenuhi dengan
pelbagai skandal peribadi dan pengkhianatan terhadap parti.
Jika dikekalkan pemimpin 'nakal'
seperti Samsudin Yahya, Salleh Kalbi, Suhaili Said, Nilwan Kabang, Shafie
Apdal, Rubin Balang, Sairin Karno, Hajiji Haji Noor, Rahim Ismail, Bung Moktar
dan sebagainya; maka tidak mustahil BN Sabah akan kehilangan banyak kerusi pada
pilihanraya umum akan datang.
Musa harus menyemak kekuatan
bukan sahaja semua Adun dan Ahli Parlimen BN yang terlalu banyak melukai hati
rakyat Sabah kerana UMNO dan BN tidak kuat; tetapi kerana 'Pembangkang' masih
dan dan sedang dalam 'Rawatan Mati Pucuk'; maka pemimpin BN yang dibencikan
rakyat Sabah masih terus bertahan di persada politik Sabah, sekalipun sinonim
dengan 'Ikan Kering' yang diletak di dalam akuarium oleh Musa Aman.
Untuk memastikan Sabah masih
relevan dengan BN, Musa Aman (jika terus diberi kepercayaan oleh Najib) terpaksa
memecat 'Bupeka' yang hanya tahu mengaut untung tetapi tidak mahu berkorban
untuk membela UMNO; sehinggakan pembangkang boleh 'meludah' ke wajah BN kerana perpaduan
hakiki hanya wujud di dalam mimpi.
Walaupun saya sudah menetap
di Sabah sejak 1972 dan mendapat taraf 'PR' pada 1974, tetapi saya masih dianggap
sebagai 'Orang Malaya' (kerana lahir di Kedah) tidak diiktiraf sebagai 'Rakyat
Sabah'; sebaliknya mereka dengan mudah menerima PATI yang mendapat IC Projek
seperti Muis Picho dan Sharif Saidi Sharif Alawi.
Jika sikap prejudis ini
berterusan, wajarkah saya membantu rakyat Sabah menyebarkan pandangan dan
memperjuangkan hak mereka yang tidak berani diperjuangkan pemimpin Sabah selama
ini? Jangan harap mereka sudi untuk menderma RM10 kepada Sabahkini.net seperti
'Si Haji Bakhil' yang melihat wang syiling 1 sen seperti Tayar Trak yang pernah
digunakan di Lombong Tembaga Mamut?
Jika tidak ada satupun janji
yang dibuat pemimpin Sabah ditepati, bagaimana rakyat akan memilih mereka pada
pilihanraya umum akan datang jika Janji 2004 sudah dilupakan dan Janji 2013
belum lagi 'dicapati'?
Mungkinkah rakyat Sabah
sudah mula melihat UMNO sebagai masalah dan bukan penyelesaian sehingga belum
pernah dalam sejarah Sabah pemimpin UMNO dan BN tergesa-gesa meninggalkan parti
sedangkan pilihanraya umum masih belum pasti?
Pengecutkah pemimpin BN
Sabah di celah kebangkitan suara pembangkang, sedangkan rakyat Sabah masih
takut untuk membuat keputusan ketika Najib sedang melaksanakan Transformasi
Ekonomi, Sosial dan Politik; kini membayangkan akan berlaku perubahan besar
dalam politik Malaysia?
Kita tengok saja nanti adakah kerajaan NEgeri Sabah ini yang terbaik untuk penduduk Sabah.
ReplyDeleteJika kita lihat sendiri pun kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi relevan dan sesuai dengan apa yang diperjuangkan untuk rakyat.
ReplyDeletememang seuai dan relevan tetapi ada wakil2 rakyat yang kini tidak disukai oleh rakyat atas sebab ketidakmampuan mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan diwakili...wakil2 rakyat ini kini adalah liabiliti kepada BN...PM sudah menegaskan akan mencalonkan calon yang boleh menang maka ada wajar YB2 yang tidak disukai oleh rakyat ini digugurkan kerana pasti akan kalah..
Deletesiapa juga yang menawarkan untuk membeli Sabahkini.net tu??
ReplyDeleteAda sudah senarai2 pemimpin yang akan digugurkan ni. Demi untuk kepentingan parti dan rakyat memang wajar pun mereka digugurkan.
ReplyDeletePerosak parti harus dilucut dari senarai.
Deletememang wajarlah kumpulan Bupeka ini digugurkan dan tidak dicalonkan semula...
ReplyDeletetawaran itu amat lumayan, tapi jgnlah terima.
ReplyDeleteSabah kini adalah satu satu media Sabah yang mewakili suara hati penduduk Sabah.
ReplyDeletepasti semua inginkan Sabah kini terus kekal.
ReplyDeleteSabah menghala ke arah yang lebih positif.
Deletebersama kita sokong Sabah kini.
ReplyDeleteSabah kini tentu jadi lain bila pihak lain yang menguruskannya.
ReplyDeleteUsaha bersama semua golongan amat diperlukan.
ReplyDeleteJika tidak ada satupun janji yang dibuat pemimpin Sabah ditepati, bagaimana rakyat akan memilih mereka pada pilihanraya umum akan datang jika Janji 2004 sudah dilupakan dan Janji 2013 belum lagi 'dicapati'?
ReplyDeleteJanji yang dibuat harus ditunaikan agar kepercayaan dan keyakinan masih akan diberi secara berterusan.
Mungkinkah rakyat Sabah sudah mula melihat UMNO sebagai masalah dan bukan penyelesaian sehingga belum pernah dalam sejarah Sabah pemimpin UMNO dan BN tergesa-gesa meninggalkan parti sedangkan pilihanraya umum masih belum pasti?
ReplyDeleteUMNO harus membaiki kelemahan untuk memperkuatkan lagi keyakinan oleh rakyat.
kenapa tidak terima saja.. lepas terima, buka lagi satu portal baru.. kan senang.. tidak payah lagi minta derma..
ReplyDelete