Oleh: SIDIQIN OMAR
ALOR STAR 2 September: Tidak
ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan
menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan
tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus
apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar
hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak
samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali,
memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar,
kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke
dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan
pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa yang dikenali
sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar
tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada
apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah
beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk
Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang
dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap
ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat
dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam. (keadilandaily)
No comments:
Post a Comment