Oleh : FAIZAL OKADOU
BEAUFORT : Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf daripada seluruh rakyat Sabah di atas
kesilapan dan salahtadbir yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang
datang dari Semenanjung sehingga menyebabkan rakyat Sabah merasakan seperti
dijajah oleh pemimpin Semenanjung.
Menurut beliau, pemimpin
UMNO telah menunjukkan contoh yang buruk, tidak amanah dan menipu rakyat kerana
hendak berkuasa selama-lamanya walapun melakukan kesalahan
Ustaz Abdul Hadi berucap di hadapan
hampir 5,000 orang ketika merasmikan Himpunan Hijau peringkat Negeri Sabah di
pekarangan Rumah Datuk Lajim Ukin juga menjelaskan konsep federalisasi yang
diamalkan oleh pemimpin UMNO BN bersifat
menindas dan tidak bertepatan dengan Islam .
“Konsep zakat yang
diperkenalkan Islam tidak membenarkan kutipan zakat dipindahkan ke negeri lain
sehinggalah rakyat negeri tersebut dapat menikmati kekayaan tersebut sehingga
dapat menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negeri tersebut.
"Hanya jika mempunyai
lebihan sahaja, barulah dipindahkan kepada negeri lain. Begitulah konsep hasil
negeri yang tidak sepatutnya di punggah ke Putrajaya sedangkan rakyat Sabah
bergelombang dengan kemiskinan,” jelas Ustaz Abdul Hadi.
Selain dari itu, Ustaz Hadi
juga berharap rakyat Sabah memilih pemimpin yang amanah untuk mengurus harta
negeri bagi memastikan rakyat mendapat
hak yang sepatutnya.
Hasil negeri yang banyak
mesti digunakan untuk membangun jiwa dan kemudahan rakyat bukan untuk
memperkayakan golongan tertentu sahaja. Beliau turut melahirkan kekesalan
kerana mengikut laporan audit, Sabah antara negeri yang paling tinggi
pengeluaran hasilnya tetapi tergolong di antara negeri termiskin di Malaysia.
Presiden PAS juga turut
menjelaskan sebab PAS mengheret agama dalam politik kerana Islam itu sendiri
bersifat syumul dan politik termasuk dalam rangka kehidupan Islam yang
meletakkan soal dosa dan pahala.
Tiada yang terlepas daripada
dosa dan pahala dalam setiap perlakuan manusia termasuk berpolitik. Ini juga
menunjukkan Islam berbeza dengan agama-agama yang lain. Oleh itu juga,
masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dengan PAS yang berlandaskan Islam
kerana Islam menjamin hak untuk semua.
Hak untuk beragama, bersosial, bekerja, berilmu, berpolitik dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment