KOTA KINABALU: Seorang suami
merayu kepada isterinya yang melarikan diri kira-kira tiga minggu lalu supaya
kembali ke rumah setelah berlaku perselisihan faham antara mereka.
Bercakap kepada New Sabah
Times kelmarin, suami kepada wanita itu, David Lee Bin Luchai, 27 dari Kampung
Muanat di Beluran yang bimbang tentang keselamatan isterinya ketika
menceritakan kejadian itu berkata isterinya, Lipa Enjam, 49, meninggalkan
sekeping nota di pintu dengan berkata dia telah meninggalkan rumah dan
memintanya tidak mencarinya lagi.
“Saya amat terkejut melihat
nota itu apabila pulang ke rumah pada 13 Ogos. Adalah menjadi kebiasaan
pertengkaran dalam keluarga tetapi saya sama sekali tidak menyangka dia akan
melakukan perkara seumpama ini.
“Pada mulanya saya
memberikan peluang kepadanya untuk memikirkan semula tindakan yang dilakukannya
ini tetapi dia tetap juga tidak pulang lalu saya mencarinya tetapi tidak
berhasil,” kata David.
David berkata dia juga telah
pergi ke rumah anggota keluarga isterinya sama ada dia tinggal bersama mereka
sebaliknya keluarganya juga tidak tahu isterinya itu telah melarikan diri.
Katanya, selepas gagal
mencari isterinya , dia membuat laporan polis di Balai Polis Beluran kerana dia
terlalu bimbang tentang keselamatan dan nasib isterinya itu.
“Saya juga tidak dapat
menghubungi telefon bimbitnya malah saya terus mencarinya merata tempat.
“Malah saya telah datang ke
Kota Kinabalu untuk mencarinya kerana saya bimbang sesuatu yang buruk terjadi
terhadapnya,” kata David.
Menurutnya, kad pengenalan
diri (Mykad) dan juga pasport isterinya juga dalam simpanannya.
“Sesiapa terbaca laporan
ini, saya hanya ingin berpesan kepadanya bahawa melarikan diri dari rumah
bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah ini dan saya juga berharap dia
akan pulang dengan selamat,” tambahnya dengan nada sedih.
Sementara itu, David juga
meminta mereka yang mengetahui di mana isterinya berada supaya menghubunginya
di talian 014-8555561 atau balai polis yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment