Wednesday, 19 September 2012

REUNION ST PATRICK IMBAU NOSTALGIA 60-AN




KASIH...Mantan Pengetua Sekolah Menengah St.Patrik tahun 1965, KM George (dua kanan) memeluk dengan gembira murid kesayangannya, Dato Sri Nasir Tun Sakaran (kanan) sambil diperhatikan dua orang bekas pelajar sekolah itu dalam pertemuan sempena majlis Ulangtahun Kecemerlangan 95 tahun St. Patrik di Promenade Hotel, Tawau baru-baru ini.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

TAWAU: Meskipun sudah 47 tahun berlalu, kenangan indah bersama rakan-rakan sekolah dan guru-guru  tetap menjadi kenangan  manis buat semua bekas pelajar Sekolah Menengah St.Patrik,Tawau dalam pertemuan Majlis Reunion yang disambut saban tahun.

Majlis istimewa itu bukan sahaja mempertemukan pelajar dengan pelajar malah dengan bekas-bekas guru dan pengetuanya  yang kini sudah semakin dimamah usia dan berada jauh di Negara  asing.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Haji Sakaran, yang turut menghadiri  majlis  meraikan Kecemerlangan 95 Tahun Sekolah Menengah St.Patrik, Tawau baru-baru ini, sempat bertemu dengan Mantan Pengetua Sekolah Menengah St. Patrik  tahun 1965, KM George dari Karalla, India yang  didatangkan bersama dua orang lagi mantan pengetua sekolah itu dalam majlis yang cukup istimewa dan meriah itu.

Selain Dato Seri Nasir, majlis itu turut dihadiri mantan pelajar sekolah itu, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Datuk Haji Baharum Abu Bakar Titingan; Penasihat Sains Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali dan MP Tawau, Datuk Chua  Soon Boi.

Sempena majlis itu juga dimeriahkan dengan memotong kek Ulangtahun Kecemerlangan 95 Tahun sekolah itu, dendangan lagu oleh bekas-bekas pelajar dan cabutan tike bertuah.

No comments:

Post a Comment