LUAR
BIASA.....Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam
kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak
sebagaimana mangsa serangan seksual 'biasa' .
Oleh : HAFIZ YATIM
PENGARANG buku 'The Trial of
Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula
dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media
dan dia tidak kisah; tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang
lain.
Trowell, yang juga seorang
pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di
seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak
mandi selama dua hari.
"Saya difahamkan bahawa
seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia
boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful
melakukan solat.
"Dalam 25 tahun
pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang
itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.
"Sebaliknya, saya rasa
mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.
"Dalam sesetengah kes
penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka
untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen
Counsel.
Biasa
dengan adat Malaysia
Peguam kanan itu, yang
menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya,
berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.
Yang menariknya, Trowell
mempunyai beberapa kaitan di Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era
pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat
Malaysia.
Laporannya membantu IPU -
organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan
Liwat II Anwar.
Buku Trowell setebal
306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di
semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.
Penulis telah mengikuti
perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I
lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga
ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. (MKINI)
No comments:
Post a Comment