Oleh : JAYANTHI GEETHA
SUKUMARAN
JIKA Hang Tuah dibangkitkan
semula, sudah pasti dia kebingungan kerana Petualang Negara seperti Naib
Presiden UMNO boleh dijulang sebagai pemimpin dan dipuja sebagai 'Wira'
sekalipun mengkhianati ibu pertiwi.
Ketua Penerangan Angkatan
Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan demikian bagi
membayangkan kelicikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal memperdaya Kerajaan Malaysia bahawa Projek NKRA yang
dijalankan kementeriannya adalah efisyen, efektif dan ekonomik.
Kata Citra, mungkin
disebabkan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Kabinet
Malaysia, maka SPRM terlalu lembab menjalankan siasatan terhadap beliau yang
telah dilapor melakukan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam beberapa
projek NKRA sebelum ini.
Citra meluahkan
kebimbangannya berhubung kemungkinan salah seorang Menteri Kewangan juga turut
terlibat dalam Skandal Rasuah dan Salahguna Kuasa bersama Shafie meluluskan
Projek NKRA kepada syarikat kroni dan kontraktor Ali-Baba dan tidak layak.
"Kita bimbang kerana
terdapat indikator penglibatan Menteri Kewangan disebabkan Had Kuasa meluluskan
projek Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja; sedangkan kebanyakan projek NKRA
yang diluluskan kepada kroni dan kontraktor Ali Baba melebihi RM10 juta,"
ujar Citra yang mendesak agar SPRM tidak berdolak-dalih ketika menjalankan
siasatan, lanjutan daripada beberapa laporan rasmi SPRM terhadap Shafie yang
dilakukan beliau dan AMK.
Tegas Citra, siasatannya
mendapati kebanyakan tender NKRA KKLW telah ditolak oleh Kementerian Kewangan
Malaysia disebabkan gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara
Kewangan; namun agak menghairankan kerana akhirnya kontrak berkenaan diteruskan
juga setelah mendapat Pengecualian Tatacara Tender Tawaran Biasa daripada
Menteri Kewangan.
Contoh paling ketara kata
Citra, tindakan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan CIDB meluluskan penukaran nama syarikat milik keluarga terdekat dan
kroni Shafie daripada Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd
tanpa alasan munasabah adalah jenayah terancang iaitu perbuatan jenayah menghapuskan
bukti setelah membuat akuan palsu ketika menyertai tender kerajaan.
"SPRM, SSM dan CIDB
tahu bahawa Sama-Sama Maju Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pengalaman dan
kelayakan untuk menyertai tender tertutup sehingga memaksa syarikat berkenaan
memalsukan semua maklumat syarikat termasuk KWSP, kelayakan jurutera, kewangan,
kakitangan dan pengalaman kerja syarikat; namun agak hairan bagaimana semua
agensi ini oleh membenarkan penipuan dilakukan di siang hari?" tanya Citra
yang mengakui telah memberikan segala masklumat syarikat berkenaan kepada SPRM
dalam laporannya sebelum ini.
Bagi menghilangkan jejak,
kata Citra, Shafie telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk
mempengaruhi semua agensi terlibat seolah-olah Sama-Sama Maju Sdn.Bhd tidak
pernah melakukan kesalahan atau menipu kerajaan untuk mendapatkan tender
berkenaan.
"Begitu mudah mencuci
dosa dan noda Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dengan menukar nama syarikat kepada
Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd yang menggunakan nombor pendaftaran SSM yang sama
iaitu 789094-K," kata Citra yang merujuk nombor pendaftaran syarikat yang
sama.
Mengikut rekod KKLW dan CIDB
kata Citra, pihaknya mengesan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah dianugerahi dua
projek NKRA iaitu KKLW/BALB/100/2011-Projek Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan,
Ranau pada 11-07-2011 bernilai RM35.5 juta dan KKLW/BALB/63/2011-Projek Sistem
Bekalan Air Di Kampung Maligan, Sipitang pada 27-06-2011 bernilai RM26.640
juta.
Lembaga Pengarah Pembinaan
Asal Jadi Sdn.Bhd dan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kata Citra ialah orang yang sama
ketika syarikat berkenaan mendapat projek iaitu Harlinah Binti Abd Kadir dan Khairul
Aziah Binti Hassan.
"Kita sudah
mengenalpasti bahawa Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dimiliki oleh saudara terdekat
Shafie iaitu Hj.Hassan Bin Osman. Tetapi oleh kerana Haji Hassan telah bankrap,
maka beliau melantik anaknya Khairul Aziah Binti Hassan agar terus menjadi
proksi Shafie Apdal," kata Citra yang telah mengecam pejabat baru operasi
Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah berpindah ke bangunan yang sama dengan Restoran
Kak Nong di Harbour City, Sembulan.
Kedua-dua adik Shafie iaitu
Datuk Mohd Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal, kata Citra, telah mengambil alih
operasi Sama-Sama Maju sejak bergabung dengan Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan
dalam masa yang sama sedang diburu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beberapa kes pemalsuan dokumen
syarikat dan identiti.
"Kita yakin bahawa
semua tuduhan yang kita kemukakan kepada SPRM sebelum ini adalah berasas dan
mempercayai ada bukti yang melampaui keraguan munasabah. Jika tidak mereka
tidak akan tergesa-gesa menggabungkan dua syarikat berkenaan dan memusnahkan
semua bukti. Tidak apa, CCTV Tuhan tidak pernah padam walau mereka sorok ke
lubang cacing," ujar Citra sambil tersenyum sinis dengan kelicikan Shafie
dan adik beradiknya selama ini.
Citra membayangkan pihaknya
akan membongkar Skandal Projek Top-UP yang dilakukan Shafie dengan bantuan adik
beradiknya; terutama komisyen RM2 juta seetiap seorang daripad mereka dan bukti
wang haram simpanan Yusof Apdal di sebuah Bank Perdagangan di Singapura,
sekurang-kurangnya USD 300 juta; sebahagian besar untuk kegunaan PRU-13 jika
beliau dicalonkan di Parlimen Silam.
Dalam salah satu laporan
polisnya yang dibuat di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan
Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa;
“Pada hari ini lebih kurang
jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim
pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K
telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB)
masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. Pemilik asal syarikat ini ialah
Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj
Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan
sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke
balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan
semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan
dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya
untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai
tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook
di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan
dokumen palsu. Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap
Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa
dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada
saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan
menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak
berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”
Anda mungkin berminat
mengikut laporan ini;
Atau anda mungkin berminat menonton video PENTING ini;
Mengenai Shafie ini memang kita tidak pasti lagi apa yang berlaku. tapi yang mana kita dapat lihat akan pembangunan di luar bandar masih mundur dibawah KKLW.
ReplyDeletekebelakangan ni dikabarkan bahawa Shafie mungkin akan ditukarkan oleh pemimpin lain memandangkan banyak isu yang memberikan imej negatif terhadap beliau.
Deletelaksanakanlah peranan sebagai menteri KKLW dgn baik.
DeleteMasalah KKLW di Sabah sekarang ini semakin diperkatakan. Tambahan lagi Pengerusi KKLW adalah Datuk Shafie Afdal. Harap KKLW akan dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap menteri KKLW ni.
DeleteShafie sebagai Menteri KKLW harus dpt bangunkan Semporna.
DeleteRural and Regional Development Minister, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal is confident that by 2015, Sabah and Sarawak would achieve their 95 per cent infrastructure target, in particular roads, through the National Key Result Area (NKRA), under the Government Transformation Programme (GTP) 2.0.
ReplyDeleteCitra ni kerjanya hanya buat laporan sabahkini dan laporan polis saja.. tapi sampai sekarang hasilnya pun takda..
ReplyDeletebila bahan buktinya tidak cukup kukuh, disalahkannya pula sprm atau polis kononnya tidak mengambil sebarang tindakan..
ReplyDeletebagus citra turun padang masuk kampung untuk selesaikan masalah rakyat atau bangkitkan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.. lagi berbaloi..
ReplyDelete