Friday, 21 September 2012

SEBULAN UNTUK NAMAKAN KABINET BAYANGAN





KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) Sabah mendesak Pakatan dan parti pembangkang yang lain di Sabah mengumumkan atau menamakan senarai ‘Kabinet bayangan’ negeri mereka dalam tempoh satu bulan dari sekarang.

Ketika membuat desakan itu, Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ini penting agar rakyat Sabah dapat melihat komposisi Kabinet dan memastikan siapa individu dan “dari parti mana yang bakal menganggotai jemaah Kabinet negeri”.

“Umum mengetahui bahawa terdapat pergolakan besar dalam perebutan jawatan menteri di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang ini. Untuk kepentingan semua pihak, BN Sabah meminta pembangkang mengumumkan Kabinet bayangan negeri mereka serta-merta.

“Rakyat Sabah sudah tentu mahu menilai pengalaman calon-calon menteri tersebut,” katanya dalam sidang media bersama yang dihadiri setiausaha agung atau wakil semua parti komponen BN Sabah di Bangunan Umno, dekat sini hari ini.

Abdul Rahman berkata BN Sabah turut mendesak pembangkang untuk menamakan parti yang akan mengisi jawatan Ketua Menteri Sabah “kerana ternyata penyokong pembangkang di Beaufort, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sandakan mempunyai calon dari kawasan sendiri yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya nanti”.

Katanya ini penting bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negeri Sabah apatah lagi pembangkang sering mendabik dada mengatakan bahawa mereka menyokong konsep dua parti di negara ini.

Abdul Rahman berkata konsep dua parti yang dipraktikkan di negara barat ‘mewajibkan’ parti pembangkang menamakan Kabinet bayangan mereka sebelum pilihan raya supaya pengundi dapat menilai sejauh mana pengalaman, kredibiliti dan keberkesanan Kabinet itu nanti.

Beliau berkata BN Sabah juga membangkitkan Dasar Ekonomi Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang antara lain melibatkan cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya negara dan penghapusan tol (kos kepada kerajaan RM50 bilion).

BN Sabah, katanya membantah sekeras-kerasnya dasar Pakatan ini kerana langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah kerana negeri Sabah tidak mempunyai jalan raya bertol.

Beliau berkata jumlah RM50 bilion hanya akan dibelanjakan oleh Pakatan di Semenanjung sahaja dan hanya memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya di Semenanjung.

Katanya BN Sabah yakin Pakatan akan memotong RM50 bilion itu daripada belanjawan pembangunan negara, bermakna peruntukan pembinaan jalan raya, hospital dan sekolah termasuk di Sabah akan dikurangkan.

“Dasar Pakatan ini juga akan memberi kesan negatif kepada rakyat Sabah dari aspek pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebahagian pendapatan KWSP adalah daripada pelaburan mereka dalam syarikat konsesi lebuh raya di Semenanjung,” katanya.

Abdul Rahman berkata: “Kalau konsesi itu diambil balik oleh Pakatan, besar kemungkinan pulangan pelaburan KWSP akan terjejas dan ini akan memberi dividen berkurangan kepada pekerja-pekerja di Sabah”.

Oleh itu, katanya, BN Sabah mendesak Pakatan dan parti pembangkang yang lain agar mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggugurkan janji Buku Jingga itu yang tidak memberi faedah langsung kepada rakyat Sabah. (Bernama)

16 comments:

  1. Anwar nampaknya semakin binggung dengan perkara ini. Jika diketahui akan penipuan janji ini maka akan menyebabkan sokongan kepada PR dari parti Pembangkang lain akan berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji yang dibuat sekarang ni di masa akan datang akan menjadi 'janji yang tidak wajib dipenuhi' bila benar2 PR memegang tampuk kerajaan.

      Delete
  2. Kita sendiri tahu yang mana Jeffrey Kitingan(STAR) inginkan jawatan Ketua Menteri Sabah. Tapi bagaimana pula dengan Datuk Lajim Ukin dengan janji Anwar. Lepas itu ada khabar juga mengatakan yang mana jika PR menang di Sabah Anwar sendiri yang akan menjadi Ketua Menteri. Jadi ini persoalan sekarang yang timbul. Tidakkan Sabah ada 3 orang Ketua Menteri selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim Ukin sendiri kini diragui oleh pembangkang kerana beliau keluar parti bukannya menyertai mana2 parti dalam PR malah menubuhkan partinya sendiri.

      Delete
    2. Kami melihat sama ada lajim berjaya menambat hati rakyat.

      Delete
  3. Persiangan pembangkang beri untuk BN semakin ketat dan giat, pasti PRU13 akanmenjadi tumpuan semua pihak.

    ReplyDelete
  4. Katanya BN Sabah yakin Pakatan akan memotong RM50 bilion itu daripada belanjawan pembangunan negara, bermakna peruntukan pembinaan jalan raya, hospital dan sekolah termasuk di Sabah akan dikurangkan.

    Adakah ini benar atau cuma jangkaan semata-mata untuk memburukkan pihak lain?

    ReplyDelete
  5. kestabilan ekonomi amat penting.

    ReplyDelete
  6. We never know that may be Anwar can bring positif development to Sabah.

    ReplyDelete
  7. pasti pakatan tengah bingung nak fikirkan siapa kabinet bayangan mereka.

    ReplyDelete
  8. kita tgk nnti siapa dalam kabinet bayangan mereka nnti.

    ReplyDelete
  9. Pakatan Rakyat akan memberi janji bulan dan bintang selagi ia boleh membawa mereka ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  10. Mengapa harus takut membentangkan kabinet bayangan untuk rakyat tahu dan dapat melihat dasar-dasar dan pelaksanaan yang akan dilakukan oleh setiap anggota dalam kabinet tersebut.

    ReplyDelete
  11. Sikap terus memandang sepi desakan membentangkan kabinet bayangan ini menggambarkan sebenarnya pakatan pembangkang mempunyai masalah dalaman yang kritikal..

    ReplyDelete
  12. bukan sahaja pakatan pembangkang menghadapi masalah dalaman kritikal yang cuba disorokkkan tetapi mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim serta pertelagahan pendapat antara DAP, Pas dan PKR.

    ReplyDelete
  13. Ini semua adalah signal jelas kepada masyarakat bahawa pakatan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara dengan baik malah apa yang mereka perjuangkan selama ini bukanlah untuk rakyat, tetapi semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete