Oleh : NOMY NOZWIR
KUALA LUMPUR : Penyanyi
sensasi, Shila Hamzah telah memenangi pertandingan menyanyi seluruh Asia, Asian
Wave yang berlangsung di Shanghai, China, semalam.
Penyanyi yang merupakan anak kepada seorang
penyanyi veteran, ND Lala telah berjaya memukau penonton-penonton serta juri,
Eric Moo, seorang penyanyi dan komposer terkenal di China, tetapi berasal dari
Kampar, Perak.
Pada pusingan pertama, Shila
Amzah menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pada pusingan kedua, lagu
dari penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu “ Forever Love” dinyanyikan.
“Saya berjanji akan mencari
jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam
ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma
saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.
Menyahut pandangan Eric,
Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari
mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.
“Ya, saya tidak terfikir
Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.
Bertegas dengan pandangannya
itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran
Superstar.
“Saya tidak kira. Saya tetap
merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi
Superstar,” tegas Eric lagi.
Daripada 30 orang peserta,
hanya 12 orang terpilih ke final yang akan berlangsung pada 20 September ini.
Pusingan awal telah pun berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September yang
lalu.
No comments:
Post a Comment